Video| Terbaik! Harga sayur jatuh teruk, masjid borong bantu petani! Beri percuma kepada jemaah subuh!
Published byMasjid Nurul Ashri Deresan, Yogyakarta menarik perhatian ramai kerana melakukan kegiatan amal bagi membantu petani dan masyarakat umum.
Golongan petani di pulau Jawa kini menghadapi masalah kejatuhan harga yang teruk ke atas sayur-sayur yang ditanam. Kejatuhan harga itu sehingga 90 peratus daripada harga jualan biasa.
Misalnya jika biasanya sayur itu boleh dijual pada harga Rp5 ribu (RM1.50) namun jatuh hingga menjadi Rp200 (6 sen) sahaja.
Kerana kejatuhan teruk harga itu menyebabkan ada petani yang membuang semula sayur-sayur yang sudah dipetik. Walaupun rugi tetapi mereka puas hati membuang sahaja sayuran itu.
Faturrahman Arhaby.
Prihatin dengan kesukaran hidup para petani dan bagi mengelakkan pembaziran, pihak pengurusan masjid menubuhkan sebuah pasukan sukarelawan yang mencari dan membeli pelbagai jenis sayur daripada para petani dari kampung-kampung di Kabupaten Sleman, Yogyakarta
Pihak pengurusan masjid telah melakukan satu misi amal sejak minggu kedua Julai 2024 dan lebih 9 tan pelbagai sayur dapat dibeli, kata koordinator masjid, Faturrahman Arhaby.
Setelah persetujuan dicapai antara petani dan pembeli, harga jualan adalah Rp1 ribu (30 sen) untuk semua jenis sayur iaitu lima kali ganda daripada harga ditawar pasaran. Antara sayur yang diborong ialah kobis, buncis, terong, lobak merah, daun bawang, selada dan tomato.
Harga itu melegakan penanam sayur daripada harga Rp200 ribu sekilo yang diterima sebelum ini.
Kerja amal yang dilakukan oleh masjid ini mendapat pujian daripada para petani. Hasil bayaran itu membolehkan mereka meneruskan penanaman sayur semula seperti membeli benih dan baja.
Pelbagai jenis sayur ini diberi secara percuma kepada jemaah yang datang bersolat Subuh pada setiap Jumaat (sudah 2 kali). Sayur-sayur itu juga turut diberi kepada beberapa pondok pesantren serta rumah kebajikan tertentu.
Selain kabupaten Sleman, pihak masjid juga bercadang membeli sayur-mayur daripada kabupaten lain di Jawa Timur.
Diharap usaha mulia ini dapat diterus oleh masjid-masjid lain di pulau Jawa bagi membantu golongan petani yang terkesan dengan kejatuhan harga sayuran.
Usaha amal Masjid Nurul Ashri Deresan, Yogyakarta ini tular setelah dimuat naik sejumlah laman sosial, media cetak dan media elektronik di Indonesia. - KitaReporters