Video| Dibaling seterika! Dihempuk kerusi! Tindakan ganas bekas suami belasah wanita terakam CCTV!
Published byMarah dan dendam itu perangai syaitan. Namun ada manusia juga berperangai seperti itu. Wanita untuk disayangi dan dilindungi kerana mereka insan yang lemah.
Perbuatan seorang lelaki yang mendera seorang wanita
dipercayai bekas isterinya di sebuah dobi terakam oleh kamera litar tertutup
(CCTV). Perbuatan kejam lelaki tersebut menjadi tular di negara jiran,
Indonesia.
Kejadian berlaku di dobi yang terletak Wisma Asri, Bekasi Utara, Kota Bekasi, Indonesia. Lokasi tersebut merupakan tempat mangsa bekerja.
Dalam video berkenaan, pada mulanya kelihatan dua orang lelaki dan seorang wanita di sebuah kedai dobi.
Perbuatan kejam lelaki berkenaan berjaya dirakam dengan CCTV.
Tiba-tiba salah seorang daripada lelaki tersebut
menendang wanita yang berada dalam premis itu. Kemudian salah seorang lelaki
itu meninggalkan tempat kejadian. Lelaki yang bertindak ganas itu berterusan
mengasari wanita berkenaan dan kemudian beredar.
Tidak lama kemudian lelaki tersebut kembali semula
dan bertindak mengasari wanita malang itu. Kali ini dia bertindak lebih ganas
dengan melempari wanita itu dengan seterika dan kemudiannya mengambil kerusi
lalu menghempuk wanita itu. Wanita itu tidak melawan dan hanya cuba
mempertahan diri.
Menurut mangsa yang berusia 47 tahun ketika
dihubungi oleh media di sana pada 12 September 2023, bekas suaminya tiba-tiba datang dalam keadaan marah-marah bersama rakannya yang beredar awal.
“Dia memang baran, suka naik tangan apabila ada masalah, walaupun kami sudah bersetuju untuk berpisah pada 28 Ogos 2023,” kata mangsa.
Kerusi yang digunakan untuk mengasari wanita tersebut.
Pelaku yang bekerja sebagai pemandu dalam talian
mengugut mangsa akan membawa senjata tajam sambil mendera mangsa.
Dalam rakaman CCTV, tarikh kejadian dapat dilihat Sabtu, 2 September 2023.
Pelaku beberapa kali melakukan kekerasan ke atas tubuh mangsa, dan sehingga kini, mangsa tidak berani melaporkannya kepada pihak berkuasa, kerana takut diancam oleh pelakunya. - KitaReporters