Ada Menu Rahmah! Mydin terus bantu Malaysia Madani! Beri baucar RM50 untuk penjaja kecil Lembah Klang!

Published by
KitaReporters


Jenama Mydin di Malaysia sememangnya satu nama cukup besar dan terkenal malah mereka juga acapkali membantu masyarakat sama ada memberi wang tunai mahupun barangan keperluang harian kepada orang yang memerlukan. 

Setelah antara yang terawal memperkenal makanan di bawah konsep Menu Rahman bagi bantu golongan kurang berkemampuan, Mydin terus berusaha membantu masyarkat Malaysia Madani.

Yang terbaharu, bagai memahami kesusahan yang sering dialami penjaja kecil, Mydin mengambil inisiatif memberikan baucar tunai RM500 kepada 20 penjaja yang bertuah di sekitar Lembah Klang, Selangor pada 4 September 2023. 

Semua sedia maklum, penjaja kecil bukanlah boleh menjana keuntungan seperti syarikat besar dan bantuan ini sedikit sebanyak akan memberi sokongan moral kepada mereka. 

Malah ketika COVID0-19 melanda negara sehingga memberi kesan kepada rakyat Malaysia, Mydin antara penyumbang malahan bagi menyahut seruan kerajaan, Mydin sekali lagi tampil memperkenalkan Menu Rahman kepada pengunjung di pasar-pasar rayanya. 

Dari segi kebajikan, syarikat pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan ini sentiasa di hadapan daripada yang lain. Mungkin disebabkan ini juga orang suka berbelanja di Mydin kerana keuntungan yang diperoleh dikongsikan bersama masyarakat yang memerlukan. 

Bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak membantu meringankan perniagaan harian mereka yang ketika begitu mencabar dalam dunia perniagaan dan boleh jadi ia titik tolak untuk mencipta kejayaan lebih besar. 

Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin, pihak sentiasa memahami kesukaran dan kesusahan yang dialami pihak penjaja kerana Mydin sendiri bermula sebagai penjaja kecil sebelum mencipta jenama sehingga ke hari ini. 

''Sudah tentu kami memahami bebanan dan cabaran yang dihadapi mereka. Justeru itu, pihak kami menghulurkan bantuan baucar tunai ini bagi meringankan bebanan kos operasi yang ditanggung mereka,'' katanya. - KitaReporters


13
8
0
10
0

Copy Link: