Wong Kah Wah (tengah) menerima replika daripada Mike Toh (dua dari kiri) pada Program Bantuan Kewangan Pendidikan Toyo Tyre 2025 di Taiping.


Setiap syarikat di negara ini, masing-masing mempunyai tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu anak-anak dalam bidang pendidikan. 

Hal ini tidak dilupakan oleh Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd, syarikat pengeluar tayar terbesar di Malaysia yang memperuntuk sebanyak RM186,000 tahun ini bagi pemberian Bantuan Kewangan Pendidikan Toyo Tyre 2025 bagi pelajar-pelajar di sekitar kawasan Taiping.

Presiden dan Pengarah Urusan Toyo Tyre Malaysia, Mike Toh berkata, jumlah peruntukan untuk program Bantuan Kewangan Pelajar 2025 telah dinaikkan dari RM154,000 tahun lalu (2024) kepada RM186,600 pada tahun ini (2025).

Katanya, seramai 42 pelajar, masing-masing akan menerima bantuan kewangan yang meningkat 25 peratus daripada RM2,500 kepada RM3,000 setahun, memandangkan peningkatan kos sara hidup semasa.


Wong Kah Wah (dua, kanan) menyerahkan bantuan kewangan pendidikan kepada seorang pelajar.


Inisiatif CSR ini bertujuan untuk mendekati mereka yang memerlukan dan meringankan beban kewangan golongan kurang berkemampuan yang bercita-cita tinggi dan berbakat untuk meneruskan pendidikan mereka.

“Selain untuk mereka membantu negara kita dalam membentuk, membangun dan memperkasakan pertumbuhan akademik untuk generasi akan datang,” katanya pada program Bantuan Kewangan Pendidikan Toyo Tyre 2025 di Taiping Sentral Mall pada 22 Februari 2025.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Wah.

Mike berkata, jumlah dana amal untuk program CSR pada 2024 sebanyak RM515,000 dan daripada jumlah itu, sebanyak RM154,000 diperuntukkan untuk program biasiswa sarjana muda dan Bantuan Kewangan Pendidikan Toyo Tyre 2025.

Sebanyak RM173.00 lagi diperuntuk untuk Program Jangkauan Komuniti dalam menyokong kemudahan sekolah dan golongan yang kurang bernasib baik.

“Selain itu, RM188,000 telah digunakan untuk Larian Amal Tayar Toyo 2024 yang merupakan salah satu program Sambutan Ulang Tahun 150 Tahun Taiping,” katanya.  

Beliau berkata, pihaknya juga telah menubuhkan Arena Kecergasan Tayar Toyo yang berharga kira-kira RM50,000 di Taman Tasik Taiping, yang bertujuan untuk menggalakkan kesihatan dan kecergasan dalam kalangan penduduk Taiping, terutama warga emas. 


Wong Kah Wah (baju putih) bergambar dengan sebahagian pelajar yang menerima biasiswa pada Program Bantuan Kewangan Pendidikan Toyo Tyres 2025 di Taiping.


Sementara itu Wong berkata, bantuan CSR ini bagi mambantu memperkasakan pendidikan, sekali gus memberikan manfaat kepada pelajar di Taiping.

Beliau berkata, Toyo Tyre melaksanakan program CSR sejak 2013 tanpa henti setiap tahun diadakan. “Saya harap program ini diteruskan bagi menfaat kepada pelajar di sekitar Taiping,” katanya.

Menurut Wong, kerajaan Madani mahu meningkatkan sektor pendidikan kerana kerajaan tahu anak-anak yang berada di sekolah akan menjadi tonggak pemimpin negara.

“Kita sudah memberikan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150  kepada semua anak pada awal persekolahan supaya ibu bapa dapat menggunakan wang untuk membeli pakaian seragam dan buku dan bantuan Madani ini dapat meringankan beban ibu bapa,” katanya. - KitaReporters


Sebahagian murid yang menerima bantuan termasuk beg sekolah pada Program Bantuan Kewangan Pendidikan Toyo Tyre 2025 di Taiping.

7
7
0
12
0

Copy Link: