Muhammad Faiz Fadzil (tiga, kiri) memotong riben semasa merasmikan jeti LKIM di kampung Pinang Besar, Pulau Pangkor, Perak.


Golongan nelayan di Perak mendapat perhatian kerajaan apabila seramai 41 nelayan di Pulau Pangkor menerima bantuan enjin sangkut, tong ikan (tong fiber) dan pukat dengan nilai bantuan sebanyak RM49,000.

Bantuan tersebut bertujuan membantu meningkatkan pendapatan nelayan golongan B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan bagi meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup mereka. 

Selain itu, bantuan ini juga bagi meningkatkan kecekapan serta kemahiran nelayan ke arah peningkatan produktiviti sektor perikanan.


Muhammad Faiz (tiga dari kiri) menyerahkan kotak insulasi kepada seorang nelayan.


Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil telah menyampaikan bantuan di bawah Program Insentif/Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan kepada 41 orang nelayan di Jeti LKIM Kampung Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor, Perak pada 7 Februari 2025.

LKIM dalam satu kenyataan berkata, Muhammad Faiz turut merasmikan Jeti LKIM Kampung Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor.

Katanya, jeti itu telah dibina dengan nilai kos sebanyak RM680,810. Pembinaan jeti ini telah memberi banyak manfaat kepada nelayan sekitar bagi mendaratkan hasil tangkapan dan baikpulih pukat mereka dengan lebih selesa.


Muhammad Faiz (empat dari kiri) merasmikan jeti LKIM di Kampung Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor

Sementara itu, Muhammad Faiz dalam ucapannya menasihatkan nelayan agar lebih proaktif dalam usaha memodenkan teknik penangkapan ikan dengan menguasai teknologi perikanan terkini. 

Beliau berkata, ia bertujuan bagi membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan sekaligus dapat meningkatkan taraf sosioekonomi nelayan. - KitaReporters


13
14
0
10
0

Copy Link: