Video| Apa nak buat? Di sini kasih di sana sayang! Jawabnya kahwin dua-dua! Dua gadis sedia bermadu!

Published by
KitaReporters


Jika ditanya kaum lelaki secara dari hati ke hati, ramai yang berhasrat mempunyai lebih seorang isteri. Namun kebanyakannya tidak berani meluahkan hasrat itu terhadap isteri. Ini kerana sebahagian besar wanita enggan hidup bermadu.

Namun lelaki bujang bernama Epan Pasli, 25,  dianggap sebagai lelaki bertuah. Ini kerana lelaki dari Desa Pauh, Kecamatan Rawas Ilir, Kabupaten Musi Rawas Utara (Muratara), Sumatera Selatan ini berjaya memikat hati dua gadis dan hebatnya apabila kedua-dua wanita ini setuju hidup bermadu.

Kedua-dua pengantin wanita masih gadis iaitu Halima Leti, 20, dan Purnama Linda,19.


Epan bersanding bersama Halimah (kiri) dan Purnama

Majlis akad nikah sudah berlangsung kira-kira sebulan lalu, namun majlis persandingan berlangsung pada Sabtu, 14 September 2024. 

Mengikut cerita, Epan setelah tamat persekolahan dia bertunang  dengan Halima Leti. Kemudian Epan merantau mencari kerja di Kota Palembang, dan bertemu Purnama Linda lalu jatuh cinta. 

Ia membuat Epan sukar untuk memilih yang mana satu sebagai isteri. Di sini kasih di sana sayang. Itulah perasaan dan dilema yang dihadapinya.



Namun Epan lega apabila tunangnya Halima sedia bermadu dan Purnama Linda juga sedia berkongsi kasih. 

Namun Halima tetap dianggap sebagai isteri pertama dengan majlis akad dilakukan dahulu. Dan seminggu kemudian baharulah pernikahan dengan Purnama Linda dilangsungkan.

Cuma selepas ini Epan perlu menyusun jadual kedua-dua isterinya agar adil.



Menurut Epan, dia sebenarnya tidak merancang untuk berpoligami, namun dia dalam dilema nak pilih yang mana satu sebagai isteri.

Kisah cinta tiga segi ini tular dalam laman sosial, media cetak dan media elektronik di Indonesia.

Sejumlah netizen memuji keberanian Epan untuk menjalani kehidupan berpoligami. Dan ada juga netizen yang memuji kesediaan Halima Leti dan Purnama Linda untuk hidup bermadu. 

Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke jannah. Janganlah cuma okey pada awal perkahwinan sahaja. - KitaReporters


13
8
0
8
0

Copy Link: