Video| Tersalah pinang! Peminat bola sepak lamar kekasih di stadium! Tapi rupanya ada suami, 2 anak!
Published bySeorang peminat tegar kelab bola sepak Persib Bandung bernama Gilang cuba melakukan ‘kerja gila’ dengan melamar kekasihnya Tika Kartika ketika perlawanan antara Persib Bandung dan Arema FC sedang berehat.
Sambil melutut, Gilang memberikan cincin tunangan yang dipasangkan langsung ke salah satu jari tangan kekasih. Kemudian Gilang menggunakan mikrofon memberi tahu majlis lamaran itu. Dan stadium gemuruh dengan sorakan.
Lamaran itu tular dalam sejumlah sosial media dan akibatnya peristiwa itu dapat dikesan oleh Wawan Setiawan iaitu suami Tika Kartikar.
Setelah berjaya mendapatkan alamat Gilang, lalu dua lelaki ini bertemu.
Gilang menyatakan dia khilaf dan memohon maaf. Ini kerana selama berpacaran Tika tidak pernah menyatakan telah berkahwin dan mempunyai dua anak.