Tolong padamkan video adik Awaya! Video mangsa mati lemas tular dalam media sosial! Aibkan keluarga!

Published by
KitaReporters

SEORANG wanita dipercayai ibu mangsa sedang memangku Awaya selepas mayatnya dijumpai lemas di Kampung Apal, Besut, Terengganu pada 3.40 petang 18 Disember 2022. - Kredit foto: Video Awaya


ORANG ramai yang masih memiliki video adik, Nur Hilwa Edrea Mohd Haris Zaifan (Awaya), berusia satu tahun dua bulan, yang ditemukan mati lemas di Kampung Apal, Besut, Terengganu pada petang 18 Disember 2022 diminta tolong padamkan

Ibu saudara mangsa, Nurfa Asheera Mohd Zanua, 25, berkata video itu minta dipadamkan oleh pihak terbabit kerana ahli keluarganya tidak sanggup melihat video Awaya yang dijumpai tidak bermaya serta kaku beredar dalam media sosial lagi.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kejadian mati lemas

Nur Hilwa Edrea Mohd Haris Zaifan (Awaya) - Kredit foto: Harian Metro 


Menurutnya, walaupun mangsa seorang kanak-kanak tetapi video berkenaan boleh mengaibkan ahli keluarga mereka.

‘’Jadi, saya merayu sangat-sangat kepada orang ramai yang masih mempunyai video Awaya untuk tolong memadamkannya dan terima kasih bagi mereka yang berbuat demikian," katanya lagi.

‘’Bagi kami video itu amat sensitif dan apatah lagi ketika ini perasaan hati kedua-dua ibu bapa mangsa sedang berduka atas kehilangan Awaya yang terjadi dengan sekelip mata serta turut dirasai kami sekeluarga,’’ kata Nurfa Asheera.

Video tersebut tular dalam media sosial pada 18 Disember 2022 lalu, selepas mayat Awaya ditemukan terapung dalam parit berdekatan dengan lokasi kejadian pada pukul 3.40 petang.


Kredit foto: Video Awaya


Dalam video berkenaan yang berdurasi selama 57 saat, kelihatan seorang wanita berbaju merah dipercayai ibu mangsa, Nazifah Mustafar, 29, sedang memangku anaknya sambil menangis memanggil Awaya yang sudah tidak sedar dirinya.  

Kesayuan hati seorang ibu pada video itu memperlihat Nazifah beberapa kali cuba mengejutkan Awaya yang ternyata sudah pergi untuk selamanya.

Nurfa Asheera memberitahu, sebelum kejadian itu, Awaya berada bersama lima ahli keluarga yang lain di rumahnya. 

Manakala Nazifah bersama suaminya, Mohd Haris Zaifan Mohd Zanua, 31, berada di rumahnya dan sedang bersiap untuk berpindah kerana kawasan rumahnya juga ditenggelami banjir.


Kredit foto: Video Awaya


Menurutnya, kejadian itu berlaku dengan sekelip mata ketika itu Nurfa Asheera baharu sahaja siap mandi sebelum meninggalkan Awaya dalam masa sekejap kerana dia hendak membawa anaknya berumur dua tahun ke bilik air. 

‘’Namun, apabila saya keluar dari bilik air, saya mendapati Awaya sudah tiada di dalam rumah lalu saya memanggilnya beberapa kali tetapi tidak dijawab.

‘’Saya terpandang pintu di dapur yang telah terbuka lalu saya seakan percaya Awaya telah terjatuh ke dalam air sebelum dibawa arus banjir,’’ katanya tragedi itu berlaku pada kira-kira pukul 3 petang, 18 Disember 2022.

Selepas itu, mayat kanak-kanak malang itu dijumpakan terapung di permukaan air oleh penduduk kampung setelah 40 minit kejadian tersebut berlaku dengan jaraknya kira-kira 20 meter dari rumah emak saudara mangsa. - KitaReporters


Kredit foto: Media Sosial

16
10
0
11
0

Copy Link: