Video| Kacak 'minta' RM50k, bakal 'bapa' setuju RM1j! Kacak dah setuju! Cik B bagaimana pula?
Published byDSV dengan anak-anaknya. - Kredit gambar: Viral.com
TERKEJUT Kacak, anak lelaki Datuk Seri Vida (DSV) apabila bakal suami ibunya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, memberi jaminan dia boleh saja memberi elaun hingga RM1 juta sebulan untuk dia dan kakaknya, Cik B dan sejuta lagi untuk ibu mereka.
Ini kerana kata Iqbal, dia bukan berkahwin untuk mengejar harta tetapi lebih kepada menjaga kebajikan mereka sekeluarga.
Kacak atau nama sebenarnya, Muhammad Eric Zaquan Muhammad Amin, 14, sebelum ini secara bergurau meminta Iqbal memberi elaunan bulanan itu dari RM10k sebulan kemudian dinaikkan kepada RM50K. Malah anak lelaki DSV atau Hasmiza Othman lebih terbuka menerima Iqbal berbanding Cik B.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan DSV
"Saya antara suka dan tidak suka abang Iqbal. Tetapi jika dia mampu menjaga mama dengan baik dan ikhlas, saya ucapkan tahniah kepadanya." katanya ketika mengulas hasrat Iqbal untuk melangsungkan perkahwinan pada penghujung Disember ini.
Menurut Kacak menerusi aplikasi TikToknya, dia tidak akan bersetuju dengan mudah dengan pilihan ibunya untuk berkahwin dengan Iqbal.
“Kacak, bapak baru Kacak. Dapat bapak baru best Kacak. Kacak bila mama kahwin Kacak, apa perasaan Kacak dapat bapak baru Kacak? Bapak, bapak, bapak kau!
“First of all, saya nak cakap, kalau mama nak kahwin, I am just gonna agree with it. But not gonna agree macam tu je lah. If he wants my mom, then give me some of this (duit). Yes Money, yes talk. No money, no talk.
“Give me some money and i will agree with everything. Saya bukan pisau cukur, but money works you know,” jelasnya dengan nada gurauan.
Dan ini respons terbaharu daripada Kacak: "Aeish.. sejuta? Tu lain macam.. kalau macam tu, proceedlah.. kahwin teruslah."
Saat manis yang menjadi kenangan.
Iqbal berkata dia nekad kerana mahu menjaga DSV yang sudah semakin tua dan sekiranya gagal melaksanakan tugasnya sebagai suami, Kacak dan Cik B boleh 'membuangnya'. Sambil mengulas hanya dia yang memahami perasaan DSV kerana pernah menjadi pembantu peribadinya.
"Orang ingat saya mahu bolot duit dan hartanya. Malah tak kurang yang mengecam usia kami yang berbeza 22 tahun. Tidak kurang yang cakap saya sebagai budak mentah yang tiada cita-cita dan duit.
"Saya sudah banyak menelan caci maki dan jika yang bertanya harta saya, berapa juta yang saya ada. Satu juta untuk setiap anak itu dan RM1 juta untuk ibu mereka, saya sanggup sediakan." katanya.
Dua insan bercinta.
Sementara itu jamuseridewimalam_official (gambar bawah) memuatnaik komen membandingkan perkahwinan yang akan dilalui oleh DSV dan Iqbal itu sebagaimana yang dilalui oleh Rasulullah dengan Siti Khadijah Khuwailid, saudagar wanita terhebat yang menguasai sebahagian besar perniagaan di Kota Mekah.
"Semoga direstui Allah SWT. Jika DSV adalah Siti Khadijah maka Iqbal adalah teladani Rasulullah," katanya.
Allahuakhbar, kata seorang lagi netizen yang hanya menggelarkan dirinya, Meknasidagangganung mengungkapkan rasa kasihannya melihat percintaan ibu tunggal dan anak muda itu diuji dengan pelbagai karenah kerana tersalah persepsi.
"Pada sayalah kalau mereka ikhlas nak membina masjid itu. Moga Allah permudahkan semua. Moga Iqbal benar-benar ikhlas, saya percaya ada lelaki yang baik. Lagi pun dia yang faham tu. Anak-anak kena faham, jagalah hati ibu kita.
"Moga Allah merahmati mereka. Kita yang tak tahu apa-apa, rasanya tak perlulah nak menambah perisa," demikian doa seorang peminat DSV, Rubiah Abu Hassan.
Atiyrh Saufie turut mengucapkan tahniah sambil memberitahu, "Saya tengok sweet sangat sampai banyak kali. Semoga urusan datuk dipermudahkan, Aamin.😘😘."
Namun, tidak kurang ada menuduh DSV dah kena pukau oleh Iqbal.
DSV hanya mampu membalas komen berkenaan dengan kata-kata, "Sebaknya saya, atas doa dan komen semua. Hanya Allah yang mampu membalas atas nikmat dan doa dari semua, yang hendak melihat saya kecapi bahagia bersama Iqbal.
Dua sempadan usia yang tidak sepatutnya jadi isu. - Kredit gambar: Oh Hangat.
Sebelum ini Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, membantah keputusan ibunya, DSV untuk mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadi kerana dia bimbang perkahwinan kali keenam ibunya akan menerima nasib malang yang sama seperti sebelum ini.
Cik B juga enggan mengaku dirinya sebagai 'anak' Iqbal kerana dia percaya lelaki itu juga memiliki 'niat' yang sama dengan lima lelaki sebelum ini yang dengan ibunya kerana mengejar kekayaan seperti ada udang di sebalik batu.
Zakariya Said dalam Facebooknya memberi komen yang sangat menarik.
"Kahwin sajalah. Jangan bimbang sangat terlihat nampak muda pada lelaki. Sebabnya kesan penuaan di pihak lelaki akan nampak ketara selepas setahun berkahwin.
"Kesan awet muda pula akan terpancar di pihak perempuan. Itu pengalaman kawan-kawan saya yang kahwin beza umur. Di kalangan artis pun ada contoh." katanya.
Atien Jeihaa turut mengucapkan syukur. "In Sha Allah Cik B akan merestui. Jodoh Ibu jangan dihalang kerana itu hak ibu yang anak-anak wajar sokong dengan doa dan kasih sayang," jelasnya. - KitaReporters