Cemburu buta! 5 tahun warga emas sakit strok pendam rasa! Bunuh isterinya dengan sebatang besi!
Published bySEBATANG besi yang dipercayai digunakan oleh seorang warga emas untuk memukul kepala isterinya yang sedang tidur. - Kredit Foto : Tribunnews.com
SELEPAS memendam rasa cemburu selama lima tahun akibat mengesyaki kecurangan isterinya, seorang warga emas yang mengalami penyakit strok bernama AR, 66, bertindak nekad membunuh isterinya yang bernama M berumur 63 tahun dengan memukul mangsa dengan sebatang besi pada kepala sebanyak dua kali ketika mangsa sedang tidur pada Selasa 27 Julai 2021 lalu.
Dalam kejadian yang berlaku di rumah mangsa di Jalan Kelapa Puan, Jagakarsa, Jakarta Selatan kira-kira pukul 1.30 tengah hari waktu WIB (Wilayah Indonesia Barat), warga emas yang sedang hidup menderita akibat mengalami penyakit kronik tersebut begitu cemburu dan sanggup menamatkan nyawa isterinya sendiri.
Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan
AR akan berdepan hukuman mati kerana dipercayai membunuh isterinya sendiri akibat cemburu buta di Jalan Kelapa Puan, Jagakarsa, Jakarta Selatan pada 27 Julai 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com
Ini kerana, kata AR, dia pernah melihat mangsa bergurau serta bercakap mesra dengan lelaki lain di luar rumahnya.
Perbuatan isterinya sedemikian telah meyakinkan hatinya setelah diberitahu beberapa jirannya tentang perangai isterinya yang dipercayai berselingkuh (ada hubungan sulit) dengan lelaki lain.
``Lima tahun lamanya saya banyak bersabar dan mendiamkan diri
diatas perbuatan dia (isteri) yang disyaki curang dengan saya dan memang saya
tidak ada bukti yang kukuh mengatakan dia berselingkuh dengan lelaki lain.
``Namun dengan perubahan perangai serta layanan dia yang dingin pada saya sejak akhir-akhir ini maka saya percaya dia ada hubungan dengan lelaki lain,’’ katanya sebagai menjelaskan punca kejadian itu kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Jakarta Selatan, Kombes Pol Azis Andriansyah dipetik seperti dilaporkan oleh Tribunnews.com pada Rabu 28 Julai 2021 berkata suspek dan mangsa tinggal bersama anak-anaknya di rumah tersebut tetapi semasa kejadian itu berlaku mereka hanya berada dua orang sahaja.
Beliau berkata, punca kematian isteri ialah cedera parah di kepalanya setelah dipukul dua kali oleh suaminya dengan sebatang tongkat besi, selain terdapat tanda-tanda kekerasan pada bahagian tubuh mangsa.
Menurutnya, jiran tertangga mengetahui kejadian tersebut selepas warga emas itu sendiri yang memberitahu kepada jiran-jiran supaya datang ke rumahnya melihat isterinya yang sudah terbunjur kaku di atas katil.
MAYAT mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. - Kredit foto: Tribunnews.com
``Awalnya suspek tidak mengaku kematian isterinya itu kerana warga emas itu asyik berdolak dalih dan masih berpura-pura tidak mengetahui isterinya sudah mati.
``Tetapi kami punya bukti bahawa suspek merupakan pelaku yang utama menyebabkan kematian isterinya setelah kami menemui bahan bukti darah di baju suspek selain bukti-bukti lain yang berada di lokasi kejadian,’’ katanya.
Warga emas terbabit akan didakwa di bawah Pasal 44 Ayat 3 Tahun 2003 tentang Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) dan Pasal 340 Kitab Undang-undang Hukum Pidana (KUHP) tentang pembunuhan yang berencana dan Pasal 338 KUHP pembunuhan.
Jika disabit kesalahan, suspek bakal berdepan dengan hukuman mati kerana membunuh isterinya sendiri atau hukuman penjara seumur hidup ataupun penjara 20 tahun. - KitaReporters
DI rumah ini mangsa dibunuh oleh suaminya sendiri akibat cemburu buta. - Kredit foto: Tribunnews.com.