NORLIA Ali, 62, kakak sulung kepada kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Azmin; artis/ pengacara sensasi, Azwan; dan ahli perniagaan, Ummi Hafilda dimasuk ke Hospital Sungai Buloh, Selangor pada  Jumaat, 22 Mei 2020 untuk rawatan dan kuarantin kerana disahkan positif wabak Covid-19. : KitaReporters


Perkara itu dimaklumkan oleh Ummi Hafilda menerusi akaun Facebooknya pada hari yang sama.

Namun berita itu diterima dengan cara mengejutkan oleh Diva AA atau Azwan Ali . Dia mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan terhadap kedaan kesihatan kakaknya.

Norlia (paling kanan) bersama adiknya, Intan Darwini dan Azmin ketika melawat ibu mereka Cik Tom di hospital pada Februari 2017. - Kredit foto; IG Azminali



Menerusi Twitter, @Diva AA menghamburkan makian mengenai perkara itu dan mengatakan sudah bertahun lamanya hidup sebatang kara. 

Malah, Diva AA seolah tidak risau langsung dengan keadaan kakaknya serta mendoakan yang tidak baik.

“Bila masa Diva AA yang gah ni ada kakak? Eeee jijik. Diva AA dah lama hidup sebatang kara. 

"Eloklah bangsa macam kau kena Covid-19. Bersedia jelah dengan alam kubur,” tulisnya.

Adik beradik Haji Ali dan Hajah Che Tom Yahaya adalah  5 orang iaitu Norlia, Azmin, Azwan, Intan Darwini dan Ummi Hafilda.

Tiga beradik Azmin, Azwan dan Ummi Hafilda. - Kredit foto: IG azminali dan FB Ummihafilda


Berita  Norlia terkena jangkitan Covid-19 dan kata-kata kurang wajar ditulis oleh Azwan mendapat liputan sejumlah media Internet.

Sementara itu, Azmin tidak memberi sebarang komen dalam ruangan media sosial baik dalam IG, Twitter ataupun Facebooknya. - KitaReporters

3
1
2
6
22

Copy Link: