Gadis sedar koma dengar suara Totti! Keajaiban tak mustahil!
Published byBAYTANGKAN apabila gadis remaja berusia 19 tahun yang koma selama sembilan bulan tiba-tiba boleh sedar gara-gara mendengar kiriman suara idola pujaannya, seorang bekas bintang bola sepak terkemuka dunia, Francesco Totti. Ajaib sungguh kan? Semua kerana kuasa Allah!! : KitaReporters
Ilenia Matilli dan Francesco Totti. - Kredit foto: Reuters
Lagi cerita-cerita berkaitan Itali:
https://kitareporters.com/search?search=itali
Tetapi itulah hakikatnya apabila gadis Itali, Ilenia Matilli, yang koma selama 9 bulan akibat kemalangan kereta yang menyebabkan sseorang rakannya meninggal dunia pada Disember 2019 lalu, mula sedar secara beransur-ansur selepas mendengar pesanan suara Totti memberikan kata-kata semangat agar terus berjuang tanpa berputus asa.Atas usaha dan permintaan daripada ibu bapa Ilenia, Toti merakamkan pesanan melalui video dengan kata-kata: "Anda perlu tahan dan jangan berputus asa."Ilenia Matilli bersama ibu bapanya dan Totti. - Kredit foto: CNN.
Memetik laporan beberapa agensi berita antarabangsa, sebaik sedar Ilenia yang juga merupakan seorang pemain bola sepak wanita, menyuarakan hasrat agar dapat bertemu dengan bintang bola sepak pujaannya itu melalui tulisan di atas papan hitam khas.
Sehubungan itu, atas usaha ibu bapa Ilenia, sebaik mengetahui mengenai keajaiban itu, Francesco Totti, 44, meluangkan masa lebih sejam ke hospital Gemelli di Rome, Itali untuk melawat Ilenia yang sudah sedar tetapi belum mampu berbicara.
Raut wajah gadis ini yang sentiasa tersenyum riang membayangkan betapa bahagianya dia dapat bertemu Totti apatah lagi penyerang bola sepak Itali bagi pasukan A.S. Roma itu berjanji akan melawatnya semula setelah dia pulih dan keluar dari hospital.
Sudah tentu lebih membahagiakannya, apabila Ilena dihadiahakan jersi A.S. Roma dengan tandatangan Totti sendiri sebagai kenangan sambil memberi pesanan: "Saya mahu melihat anda cepat pulih dan keluar hospital tidak lama lagi serta kembali meneruskan hidup anda."
Menurut Dr Luca Padua, yang memimpin unit pemulihan saraf, mendengar muzik, suara dan melihat gambar adalah antara faktor penting dalam terapi Ilenia.
"Perjalanan ke arah pemulihan sepenuhnya masih panjang, tetapi kami yakin," kata Padua.
Untuk rekod, bekas pemain antarabangsa Itali itu menghabiskan seluruh kariernya di Roma, bermain lebih dari 600 perlawanan Serie A untuk kelab itu sebelum bersara pada tahun 2017.Inilah antara contoh yang membuktikan segalanya di bawah kuasa Maha Esa, tidak ada yang mustahil jika tidak dengan izin-Nya jua kan?
Jodoh pertemuan, ajal maut sesungguhnya Allah maha mengetahui dan kerana itu kita sebagai makhluknya perlu sentiasa bersabar dan bersyukur atas setiap apa yang diberikan kerana apa yang berlaku sudah tentu ada hikmah di sebaliknya.
Anggaplah pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sekarang ini satu peringatan dan petanda ‘kiamat kecil’ sebagaimana daripada "Anas berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Kiamat tidak akan terjadi hingga di bumi tidak ada yang mengucapkan: Allah, Allah." (HR Tirmidzi).
Semoga kita sedar dan istiqamah dan jadikan contoh kisah Ilenia satu keajaiban yang segalanya tidak mustahil, jadi jika ada yang sedang menghadapi ujian serupa, bersabar dan berdoa itulah yang sebaiknya. - KitaReporters