RAJA Gelek, Datuk M. Daud Kilau, 82, sepanjang tiga minggu lalu pada setiap Sabtu dan Ahad, menerima kunjungan kasih daripada ramai pihak termasuk anggota persatuan artis ke rumahnya di Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk, Perak menyebabkan rumahnya semakin sibuk dikunjungi. : KitaReporters

Ustaz Ebit menyuapkan laksa kepada M Daud Kilau bagaikan kemesraan anak dan ayah.


Antara yang mengunjungi ialah kunjungan Titian Kasih Radio Klasik, RTM dengan beberapa van, rombongan exco kerajaan negeri Perak, kunjungan sejumlah ahli Karyawan, Seniman bersama sejumlah pengamal media.

Selain melihat keadaan kesihatannya. Raja Gelek turut membenarkan pengunjung melihat sejumlah koleksi peribadinya termasuk kira-kira 100 pakaian berlabuci yang menjadi identitinya. Juga piring hitam dan kasetnya sejak lagu pertama,  ‘Anak Yang Pertama’ pada 1972.

Muhammad Daud Kilau sudah berhenti menyanyi sejak 2016 dan kini dalam keadaan uzur kerana mempunyai penyakit diabetes yang kronik yang dialami sejak 40 tahun selain mengalami sakit pinggang, kebas bahagian kaki serta tangan dan jantung kurang stabil. Dia kini terpaksa mengguna kerusi roda dan tongkat untuk bergerak.

Datuk Daud Kilau bersama sebahagian baju labucinya. - Kredit foto: Perak Gazette


Bagaimanapun Raja Gelek itu pada Ahad 4 Oktober 2020 lalu menerima kunjungan istimewa daripada Ustaz Ebit Lew dan kru petugasnya.

Seperti biasa Raja Gelek akan menjamu tetap hadirin dengan sejumlah juadah dan tetamu perlu menjamahya. Kali ini, Daud Kilau menjamu hadirin dengan laksa Perak. 

Pada kunjungan kasih itu, M Daud buat pertama kali disuap juadah oleh Ustaz Ebit Lew dan membaca doa buat kesembuhan bintang legenda  itu. 

Daud Kilau akan senantiasa meminta sesiapa yang mengunjunginya untuk mendoakan kesembuhannya kerana dia rindu untuk menyanyi semula di hadapan khalayak ramai.

Ustaz Ebit mendoakan penyembuhan untuk Datuk Daud Kilau


 


Dalam postingan dalam Instagramnya, Ustaz  Ebet menyifat Raja Gelek itu lemah lembut dan baik hati. Dia lalu tanpa segan menyuapkan makanan kepada Datuk Daud Kilau bagai seorang anak kepada seorang ayah. 

Sebagai ucapan selamat jalan, Raja Gelek itu menyampaikan salah sebuah lagu hitnya ‘Sirih Pinang’.

Antara album klasik Datuk Daud Kilau. Kredit foro Facebook


Berikut adalah kandungan lengkap postingan dalam Instagramnya Ustaz Ebit:

“Sebak sayu hati rasa baru ziarah Dato M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz. Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kasih. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah. Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara."

Postingan itu mendapat pujian daripada sejumlah pengikut dan menganggap Ustaz Ebit adalah insan yang berhati mulia. - KitaReporters


3
0
0
0
0

Copy Link: