Video| Animasi Ejen Ali musim ke-3 kembali! Tak sabar nanti musim baharu! Ada ejen dari Indonesia!

Published by
KitaReporters


SETELAH menyepi beberapa tahun, cerita animasi kanak-kanak nombor satu di Malaysia, Ejen Ali akan bersiaran kembali pada 25 Jun 2022 untuk musim ketiga. Melalui trailer yang dikongsi dalam media rasmi Ejen Ali, boleh dilihat rata-rata penonton tidak sabar untuk menonton cerita tersebut. 

Dalam trailer tersebut, ia bukan sahaja terdapat ejen dari Malaysia seperti musim pertama dan kedua tetapi kali ini mereka menambah ejen baharu dari Indonesia bagi merancakkan lagi jalan cerita tersebut dan secara tidak langsung dapat menarik penonton dari negara jiran



Biarpun ia cerita untuk kanak-kanak, tetapi boleh dilihat reaksi para penonton yang teruja itu kebanyakan adalah golongan dewasa dan ini adalah satu kejayaan untuk mereka kerana berjaya menarik minat kanak-kanak dan orang dewasa. 

Cerita Ejen Ali ini sebenarnya tidak berat dan boleh dikatakan agak ringan kerana ia hanya menceritakan seorang kanak-kanak bernama Ali memegang watak utama dan dipilih untuk menyertai Meta Advance Tactical Agency (MATA) untuk menyelamatkan misi yang diberi. 



Namun apa yang menyeronokan adalah jalan cerita, visual, penggunaan Computer-Generated imagery (CGI) atau Imej Janaan Komputer yang menarik. Maka tidak hairan kenapa golongan dewasa atau ibu ayah pun sanggup menonton cerita ini. 

Ejen Ali antara produk sebaris animasi Upin Ipin dan Boboiboy yang berjaya mengangkat cerita kanak-kanak versi Malaysia ke peringkat lebih tinggi. 

Dan kita mengharapkan bahawa akan ada lebih banyak cerita seumpama ini untuk diangkat ke layar perak. 

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata teruja dan tidak sabar untuk menonton cerita tersebut. 

Ini sudah pasti satu permulaan baik untuk Ejen Ali. - KitaReporters


14
7
0
10
0

Copy Link: