Ahli Jawatankuasa Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Ampang Pecah Hulu Selangor menyiapkan bubur lambuk untuk agihan masyarakat setempat sempena bulan Ramadan tahun ini. Kredit foto : FB Jentera Perpaduan Selangor.


MEMASAK bubur lambuk dan agihan buah kurma sinonim semasa Ramadan untuk orang ramai dan warga setempat dalam usaha menyemarakkan lagi kehadiran bulan mulia berkenaan. Kegiatan tersebut akan berlangsung di mana sahaja sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Setiap kali kehadiran Ramadan program gotong royong mengenainya akan berlangsung dengan dijayakan oleh badan-badan yang ada dalam komuniti termasuklah Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Surau atau Masjid, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Perkumpulan Wanita dan berbagai-bagai lagi.

Sekalipun tanpa ada makan minum kerana berpuasa kerja-kerja memasak bubur lambuk biasanya akan bermula sejak pagi dengan persediaan segala bahan rencah disiapkan oleh wanita yang datang rewang.

Hasil muafakat dan kerjasama komuniti setempat, program ini dijadikan sebagai aktiviti tahunan dari generasi ke generasi selain diadakan pada Ramadan juga menjelang Aidiladha atau hari raya korban.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bubur lambuk


Agihan kurma Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Gombak dilakukan oleh beberapa orang ahli jawatankuasanya, untuk orang ramai.


Program anjuran KRT yang melibatkan Ahli Jawatankuasa (AJK), Komuniti Rukan Tetangga, Unit Skim Rondaan Sukarela (SRS), Jiran Wanita dan Jiran Warga Emas diadakan antara Sabtu 17 April hingga Selasa 20 April 2021 di beberapa KRT di Selangor turut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk penduduk setempat.

Di daerah Gombak, KRT Taman Seri Gombak A mengadakan agihan bubur lambuk dengan kerjasama Surau Jabal Nur melalui sistem pandu lalu berlangsung di Pusat Kawalan KRT taman berkenaan.

Seramai enam orang AJK KRT turut serta melakukan edaran yang bertujuan berkongsi rezeki bersama penduduk setempat. Kerja-kerja gotong royong penyediaan dan memasak bubur tersebut bermula sejak pagi. 100 pek bubur berjaya diagihkan kali ini.

Sempena program gotong royong itu juga agihan 200 pek (kotak) kurma turut diadakan untuk warga yang tinggal di sekitar kawasan KRT taman berkenaan.


Salah seorang Ahli Jawatankuasa Komuniti Rukun Tetangga Seksyen 5 Kota Puteri Gombak menyerahkan bungkusan bubur lambuk kepada penduduk setempat.


Bagi KRT Seksyen 5 Kota Puteri, Gombak pula menyumbang 300 bungkusan bubur lambuk untuk barisan hadapan dan penduduk setempat yang disediakan AJK KRT hasil program gotong royong.

Agihan secara pandu lalu di hadapan Dewan Kota Puteri sedikit sebanyak memberi keceriaan  bagi mereka yang menjalani ibadah puasa dan menerima agihan tersebut.

KRT Blok 27B (Daisy) Bandar Tasik Puteri tahun ini menyumbang 500 pek bubur lambuk untuk agihan kepada orang ramai setempat dan fronliner berbuka puasa.

Aktiviti agihan berlangsung dihadapan kabin KRT Blok 27B sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada invdividu yang memerlukan semasa mereka berpuasa.

Agihan bubur lambuk KRT Kampung Kerdas, Gombak diadakan di Pusat Kawalan KRT kampung  tersebut secara pandu lalu melibatkan 5 anggota AJK utamanya antara lain bertujuan  berkongsi rezeki sempena Ramadan ini sedikit sama dirasa banyak sama di kongsi dengan penduduk setempat. 


Jiran Wanita Komuniti Rukun Tetangga Flat Taman Maju Jaya Daerah Petaling menyiapkan barangan keperluan untuk memasak bubur lambuk yang diadakan oleh KRT berkenaan secara gotong royong.


Bagi daerah Petaling, KRT Pangsapuri Subang Perdana 2, Subang mengadakan agihan 150 pek makanan di bawah Program Iftar Ramadan kepada penduduk sekitar pansapuri berkenaan.

Melalui agihan berkenaan menjadi harapan KRT tersebut agar hubungan silaturahim antara AJK KRT dan penduduk setempat dapat dijalin dengan lebih erat.

AJK KRT Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam bergotong royong memasak bubur lambuk bagi edaran penduduk setempat sebagai usaha meningkatkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk lebih-lebih lagi dengan AJK KRT berkenaan.

Agihan bubur lambuk dari pintu ke pintu rumah bagi mengelakkan penduduk berkumpul dilakukan oleh KRT Flat Taman Maju Jaya Daerah Petaling melalui program gotong royong memasak bubur lambuk oleh AJK KRT berkenaan.


Program gotong royong memasak bubur lambuk oleh Komuniti Rukun Negara Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam berjalan lancar untuk agihan penduduk setempat.


Dalam pada itu, KRT Seksyen 18 daerah Petaling dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Gasing menyumbang 100 pek kurma kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Petaling Jaya yang banyak berperanan menjaga dan menguruskan hal ehwal penduduk sekitar kawasan Petaling Jaya.  

Bertempat di Balai Masyarakat Taman Saujana Utama, Sungai Buloh Program Memasak Bubur Lambuk Perpaduan dijayakan 86 peserta melalui kerjasama beberapa syarikat swasta dan NGO termasuk Syarikat Petronas Sungai Buloh, Country Resort dan Persatuan Penduduk Saujana Utama Fasa 1 hasil gembleng KRT Taman Saujana Utama, daerah Kuala Selangor.


Ahli Jawatankuasa Komuniti Rukun Tetangga Pangsapuri Subang Perdana 2, Subang mengaihkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui kawasan tersebut.


Bubur lambuk berkenaan diagihkan kepada Balai Polis Saujana Utama, Jemaah Surau Ak-Mustaqim, Surau Apartment Rose, Masjid An-Nur Saujana Utama, sukarelawan bomba, RELA, Petugas Stesen Minyak Petronas, para peniaga dan penduduk setempat  berhampiran balai masyrakat berkenaan.

KRT Ampang Pecah daerah Hulu Selangor mengedarkan 159 bungkusan bubur lambuk kepada penduduk kawasan perumahan sekitar KRT berkenaan hasil  gotong royong memasak bahan tersebut  sempena Ramadan tahun ini di rumah setiausahanya.

Selain aktiviti agihan bubur lambuk dan kurma pada Ramadan kali ini KRT di Selangor juga turut berganding bahu bersama agensi lain melaksanakan kempen hebahan dan suntikan vaksin COVID-19, goyong royong kebersihan cegah denggi, agihan bantuan barangan asas keperluan kepada mangsa COVID-19, rondaan keselamatan dan memupuk semangat kejiranan oleh Unit SRS, pemberian pelitup muka dan bahan cecair sanitizer di samping aktiviti masyarakat lainnya. - KitaReporters 


Beberapa orang penduduk memilih sayuran agihan Komuniti Rukun Tetangga  Fasa 7 Taman Seri Gombak sempena bulan Ramadan.


Majlis Tahlil Ramadan dan Kempen Suntikan Vaksin CONID-19 anjuran Komuniti Rukun Tetangga Sungai Tengi Kanan Baroh,Tanjung Karang, Kuala Selangor. 


Komuniti Rukun Tangga Taman Seri Gombak A , Selangor mengadakan gotong royong kebersihan basmi denggi pada Ramadan kali ini.


Salah satu keluarga di Taman Sri Prista, Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan bekalan barangan prihatin COVID-19 dari Komuniti Rukun Tetangga taman berkenaan.

0
0
0
0
0

Copy Link: