Video| Bapa muda bawa anak bekerja! Kerah kudrat demi cari rezeki untuk biayai perubatan anak
Published byTERPAKSA meletakkan anaknya di dalam kotak barang sepanjang menghantar barang. - Kredit foto: Twitter South China Morning Post.
PENGORBANAN ibu bapa dalam membesarkan anak-anak sangat luar biasa. Mereka sanggup berkorban apa sahaja dan ada ketikanya, sanggup mengutamakan si kecil berbanding dirinya sendiri.
Kisah samaturut berlaku kepada seorang bapa muda di China yang sanggup berkorban apa sahaja demi si kecilnya.
Bapa mudaitu Li Yuanyuan yang bekerja sebagai penghantar barang terpaksa membawa anaknya setiap masa berikutan masalah kewangan yang ditanggung.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bapa
Berkongsi kisah keperitan menerusi dokumentari terbitan South China Morning Post baru-baru ini, Yuanyuan berkata dia tiada pilihan lain melainkan membawa anaknya yang kini berusia dua tahun bersama-sama menghantar barang.
Malah anaknya mula menemani ayah mithali itu sejak usianya enam bulan lagi.
Walaupun nampak tidak selesa namun si kecil itu sentiasa mengukir senyuman sepanjang menemani bapanya bekerja.
Bagi memberikeselesaan kepada si kecil itu, ayah mithali itu menggunakan kotak penghantaran itu dengan tilam, lampin dan botol susu dan diletakkan di bahagian hadapan skuter miliknya.
Kongsi Yuanyuan lagi, semua kepayahan yang dilalui itu disebabkan mahu mengumpul wang bagi menyelesaikan kos rawatan perubatan si kecil itu yang disahkan menghidapi pneumoniasejak berusia 5 bulan lagi.
Namun dia bersyukur isterinya yang bekerja di pasar basah akan bergilir menjaga anak perempuannya itu selepas pukul 11 pagi.
USIANYA enam bulan sudah mula mengikuti bapanya bekerja.
“Walaupun kesian melihatnya dalam situasi begini memandangkan dia masih kecil tetapi saya tiada pilihan,” kongsinya yang yang menyewa bilik seluas 107 kaki persegi di bandar Beijing.
Ekoran tular kisah keluarga kecil itu, ramai yang tampil mahu membantu membiayai perubatan si kecil berkenaan.
Namun bapa muda itu yang baik hati itu menolak bantuan yang dihulurkan dan menyifatkan ada lagi individu lain yang memerlukan pertolongan.
Semoga keluarga itu dipermudahkan urusan dan si kecil pula membesar dengan baik dan boleh berjaya serta berbakti kepada orang tua di masa depan. - KitaReporters