Demi kasih! Bapa pengantin lelaki sudah meninggal! Tapi mahu diabadikan dalam foto perkahwinan?
Published byFoto bapa pengantin lelaki (kanan) telah ditempel dengan menggunakan tubuh individu lain serta disunting wajahnya untuk menunjukkan dia (arwah) seolah-olah berada pada majlis perkahwinan anaknya, sedangkan sebenarnya telah meninggal dunia menjelang majlis tersebut. - Kredit foto: Twitter Gal@patungalimar.
SETIAP pasangan pengantin pastinya mahu mengecapi kebahagiaan dalam rumah tangga mereka yang diimpikan selama ini.
Lebih-lebih lagi pada saat-saat bahagia dikongsikan bersama dengan
kehadiran kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga dalam majlis perkahwinan tersebut.
Selain mendapat restu daripada mereka, mempelai pula ingin
mengabadikan potret perkahwinan mereka bersama-sama orang yang tersayang iaitu ibu
bapa.
Namun, ajal, jodoh dan rezeki telah ditetapkan oleh Tuhan Yang
Maha Esa dan tiada siapa pun boleh menidakkan takdir yang berlaku ke atas
setiap insan terutama membabitkan kematian orang tua kita.
Hari bahagia (perkahwinan) yang sepatutnya diraikan bersama mereka (ibu bapa) kini tidak dapat dinikmati dan apatah lagi merakam sejarah momen-momen kemeriahannya kerana mereka sudah pun kembali kepada pencipta-Nya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengantin
Mesej abang pengantin lelaki yang dihantar kepada seorang pengguna Twitter dengan meminta untuk memasukkan foto arwah bapanya seolah-olah bersama dalam sesi fotografi dengan pasangan pengantin. - Kredit foto: Twitter Gal@patungalimar.
Kesedihan ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dari Indonesia apabila menerima
mesej daripada seorang pemuda iaitu abang pengantin lelaki yang meminta bantuan untuk mengedit gambar bapanya
yang telah meninggal dunia beberapa hari menjelang hari pernikahan adiknya.
Dia (abang pengantin lelaki) meminta @pantungalimar untuk meletakkan wajah ayahnya (menampal) menggunakan tubuhnya sendiri berdiri bersama-sama dengan pasangan pengantin di atas pelamin.
Sehubungan dengan itu, pengguna Twitter tersebut telah tampil
untuk membantu mengeditkan gambar keluarga pengantin dengan memasukkan foto tubuh
lelaki lain dengan menukarkan wajahnya dengan wajah bapa mereka.
Pada mulanya, abang pengantin lelaki itu meminta menyunting
tubuhnya sendiri dengan menukarkan wajahnya dengan bapanya.
Tetapi @pantungalimar
atau dikenali juga Gal telah mencadangkan kepada lelaki itu dengan
menambahkan seorang lelaki yang telah diedit berdiri bersama dengannya termasuk
pengantin.
Gal kemudiannya telah menularkan mesej berkenaan dengan hasil editannya dan telah mendapat pelbagai komen serta reaksi dalam laman Twittter oleh netizen.
Muat naik yang dibuat pada 3 April 2021 itu telah mendapat perhatian para netizen apabila dikongsikan kembali ribuan pengikut dalam ruangan Twitter @pantungalimar itu.
Semoga dengan gambar perkahwinan yang diedit dalam akaun @pantungalimar dapat mengubat kerinduan keluarga pengantin tersebut dengan susuk bapa mereka yang telah meninggal dunia beberapa hari sebelum majlis perkahwinan adiknya.
Foto tersebut juga mendapat pujian daripada warga maya kerana kelihatan seperti 'real' walaupun tidak seratus peratus tepat namun boleh dibanggakan dan berjaya memenuhi kehendak keluarga pengantin tersebut. – KitaReporters
Sumber:
laman twitter @pantungalimar
https://www.penmerah.dnqj.my/2021/04/05/tak-sempat-lihat-anak-nikah-lelaki-minta-edit-foto-bapa-dalam-gambar-kahwin-adik/