Rumah tangga Bambang Pamungkas bergolak! Legenda bola sepak Indonesia rahsiakan ada isteri lain
Published byBambang Pamungkas (kiri) sewaktu bersama pasukan kebangsaan Indonesia akan memakai nombor kesukaannya 20. - Kredit foto: FB Serambinews.com, Dream.co.id dan Tribun Indonesia.
MASIH ingat lagi nama Bambang Pamungkas? Bagi peminat bola sepak tanah air memang ramai mengenali watak yang sentiasa lincah semasa di padang permainan dan pernah menjadi salah seorang pemain import pasukan Selangor antara tahun 2005 hingga 2007.
Berita terbaharu mengenai pemain legenda bola sepak pasukan kebangsaan Indonesia itu kini menjadi tanda tanya dan perhatian ramai kerana rumah tangganya yang selama ini penuh harmoni mula tercalar.
Ia berikutan dikaitkan dengan seorang wanita yang mendakwa menjadi isteri hasil perkahwinan poligami secara rahsia sejak tiga tahun lalu dan sudah memiliki seorang anak. Juga wanita itu kini sedang mengandung.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan poligami
Gambar grafik tentang persaraan Bambang Pamungkas daripada pasukan Selangor.
Bambang bersama isteri, Trinbuana Tungga Dewi (gambar kanan) dan beliau merebut bola dari pihak lawan semasa bersama Pasukan Kebangsaan Indonesia dalam satu perlawanan diperingkat Asia Tenggara.
Dengan tersebar berita ini, ramai khususnya peminat bola sepak di negara jiran tetangga, Indonesia itu terkejut kerana selama ini rumah tangganya harmoni dan bahagia bersama isteri, lapor berita Serambinews.com pada Isnin 5 April 2021 dan turut menyatakan, di mana sahaja pasangan itu dan anak-anak mereka akan sentiasa bersama.
Siapa menyangka keadaan ini boleh berlaku kerana Bambang yang juga dikenali dengan panggilan Bepe yang kini rumah tangganya bakal bermasalah kerana dikaitkan dengan seorang wanita lain yang mendakwa sebagai isteri keduanya.
Bepe (tengah) semasa menyertai pertandingan akan membawa bersama isteri, Trinbuana Tungga Dewi dan anaknya (salah seorang daripada tiga) ke stadium.
Sedangkan kehidupan berumah tangga bersama isterinya, Trinbuana Tungga Dewi dan tiga orang anak mereka - Jana Abel, Salsa Alicia dan Syaura Abane - diketahui umum sentiasa akrab dan harmoni.
Melalui laporan tersebut, wanita yang dikenali sebagai Amalia Fujiawati itu melalui seorang peguamnya telah menuntut di Mahkamah Agama Wilayah Antasari, Jakarta Selatan mengenai status diri, tanggungan anak termasuk yang masih dalam kandungan.
Wati Tresnawati, peguam wanita berkenaan, mengesahkan tuntutan undang-undang tersebut.
Amalia merupakan bekas isteri seorang juruterbang Tentera Udara Republik Indonesia yang terkorban dalam nahas kapal terbang di Bandung semasa bertugas dan mempunyai tiga orang anak. Selain itu, dia juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan, ujar peguam tersebut.
Isu tuntutan saman yang dibuat Amalia terhadap Bepe mula diketahui melalui saluran televisyen Indosiar pada awal Mac 2021 lalu.
Perkahwinan wanita ini dengan Bambang dikatakan berlaku pada Mei 2018, bagaimanapun kedua-dua mereka memutuskan untuk berpisah sejak Disember 2020.
Isteri Bambang, Trinbuana Tungga Dewi selalunya akan menonton perlawanan yang disertai suaminya terutama jika diadakan di Jakarta.
Kehidupan rumah tangga legenda bola sepak Kelab Persija di Jakarta ini bersama isteri dan anak-anak rukun damai dan mesra ini dibuktikan melalui sejumlah paparan dimuat naik oleh kedua-dua mereka dalam media sosial.
Beliau yang kini bersara daripada arena bola sepak negara sejak 2019 pada usia 39 tahun kini banyak menghabiskan masa dengan melakukan kerja-kerja kebajikan melalui Yayasan Bambang Pamungkas yang ditubuhkan untuk membantu sekolah-sekolah di seluruh negara.
Anak kedua daripda tujuh orang adik beradik ini awalnya tidak mempunyai cita-cita untuk menceburi bidang bola sepak sebagai kerjayanya sebaliknya mahu menjadi seorang guru.
Bambang Pamungkas yang lahir di Semarang, Jawa Tengah pada 10 Jun 1980 mula berjinak-jinak dengan sukan bola sepak sejak berumur 8 tahun dan mula menyertai Kelab Persija Jakarta dari tahun 1999 hingga 2004 sebelum dipinjamkan selama enam bulan dengan Kelab EHC Norad, Belanda.
Keharmonian rumah tangga Bambang Pamungkas bersama isteri Trinbuana Tungga Dewi memang diketahui umum.
Dia juga terpilih menyertai Pasukan Kebangsaan Indonesia antara 1999 hingga 2012 selain pernah menyertai Kelab Pelita Bandung Raya antara 2013 hingga 2014.
Mula mencipta nama dalam arena bola sepak Asia Tenggara setelah menjadi penjaring tunggal menentang Malaysia di perlawanan separuh akhir Piala Harimau pada 2002.
Pernah menjadi pemain import Selangor antara 2005 hingga 2007 dengan menyertai pertandingan Piala Malaysia, Liga Super, Liga Perdana dan Piala FA.
Penyertaannya telah membantu Selangor memenangi Piala FA dan Piala Malaysia pada 2005. Malahan dia juga menjadi penjaring terbanyak liga Malaysia dengan 23 gol melalui 24 perlawanan.
Semasa dua musim bersama Selangor, Bepe juga mampu menjaringkan 63 gol dalam empat kejohanan yang disertai iaitu Liga Perdana, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia selain muncul sebagai Pemain Terbaik Piala Malaysia pada 2005. - KitaReporters
Bambang dan isteri disifatkan oleh peminatnya sebagai pasangan yang akrab dan sepadan.
Bambang bersama rakan sepasukan mengarak piala kemenangan semasa Pasukan Kebangsaan Indonesia berjaya menjadi juara dalam satu perlawanan peringkat Asia Tenggara.
Bersama Pasukan Selangor yang berjaya muncul juara Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun 2005.