Yasuo belajar menyelam demi mencari jasad isterinya. Kredit foto: BBC.com


Pada 11 Mac 2021, genap 10 tahun berlakunya bencana dahsyat di Fukushima, Jepun dengan terjadinya gempa bumi bermagnitud 9.0 pada skala Richter yang menghasilkan tsunami besar di timur laut negara itu, di samping menjejaskan loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi

Tsunami yang berlaku itu dilaporkan mengorban dan menghilangkan ribuan orang dengan lebih 2,500 masih belum ditemukan.

Antara insan yang masih tidak ditemukan setelah tragedi itu  yang sudah sedekad berlalu ialah wanita bernama Yuko.


Lagi kisah-kisah duka berkaitan tragedi:

https://kitareporters.com/search?search=tragedi



Jasadnya yang masih belum ditemukan membuat si suami bernama Yasuo Takamatsu terus mencarinya sama ada dia masih hidup atau rangka jasadnya untuk kepastian.

Ini kerana pasangan suami isteri ini mempunyai ikatan cinta yang erat sejak berkahwin menyebabkan Yasuo tetap ingin melihat di depan mata jasad isterinya atau mengharap keajaipan insan tersayangnya itu masih hidup.

Yasuo sanggup mencari jasad Yuko hingga jauh ke dasar laut. Yuko hilang setelah gempa bumi dan tsunami yang melanda bandar Onagawa, Miyagi di utara Tokyo pada 2011.


Yasuo Takamatsu dan isterinya, Yuko. - Kredit foto: Sydney Morning Herald




Sehari setelah kejadian, Yasuo menerima mesej pada telefonnya daripada si isteri yang berkata: "Adakah anda  baik-baik sahaja? Aku ingin pulang."

Terdorong akan mesej itu, Yasuo berusaha keras untuk mencari isterinya yang seolah-olah meminta jasadnya dijemput untuk pulang bersamanya.

Dalam 10 tahun ini, Yasuo, 64, sudah mencari Yuko ke mana-mana bermula di daratan, di mulai dari bank tempat Yuko dilihat buat kali terakhir.

Kemudian Yasuo beralih mencari ke tempat-tempat yang mungkin membuatnya sukar dicari, mulai dari pantai-pantai di Onagawa, hutan, hingga pergunungan tetapi masih tidak menemukan.


Yasao turut menyelam ke dasar laut untuk mencari jasad isterinya.


Selepas dua tahun mencari di daratan masih tidak berhasil, Yasuo mendatangi sebuah kedai menjual peralatan selam.

Dia kemudian mengikuti kelas menyelam sluba untuk berusaha pula menemukan jasad isterinya di laut. Sejak itu, Yasuo menyelam setiap minggu.

Kerana masih baharu, ketika pencarian, Yasuo biasanya ditemani oleh jurulatih menyelamnya, Masayoshi Takahashi.

Difahamkan, Yasuo menyelam di laut setiap minggu sejak lebih lapan tahun lalu dan sudah melakukan hampir 500 kali pencarian dengan kaedah itu.

Masayoshi menyatakan dia telah merekodkan kawasan perairan yang sudah diselami, kedalaman air dan bentuk muka bumi di setiap lokasi pencarian.


Yasuo turut dibantu oleh jurulatihnya, Masayoshi Takahashi menjejak jasad manga tsunami di lautan.


Walaupun usahanya belum mendapatkan hasil, Yasuo mengaku akan tetap melakukan pencarian selama tubuhnya masih berdaya.

Dia turut menyertai kumpulan komuniti tempatan untuk mencari kira-kira 2,500 orang yang jasadnya belum ditemukan.

"Aku selalu berfikir bahawa dia mungkin ada di suatu tempat yang dekat," kata Yasuo yang tetap yakin mampu menemui jasad isterinya kepada media Jepun dan dipetik oleh portal Oddity Central.

Sehingga bilakah Yasuo akan melakukan ‘kerja gila’ ini. Kini usianya semakin lanjut dan kekuatan fizikal akan berkurang.

Apa yang pasti, Yasuo dan Yuno akan bertemu di alam lain. - KitaReporters


0
0
0
1
0

Copy Link: