Kuarantin diri 14 hari! Ras Adiba syukur negatif COVID-19!
Published byAHLI Dewan Negara dan juga bekas personaliti televisyen, Senator Ras Adiba Radzi menzahirkan rasa syukur kerana dia sekeluarga disahkan negatif COVID-19. Sebelum ini, beliau memaklumkan adiknya yang merupakan pegawai khas untuk dirinya iaitu Ras Afiona Radzi telah disahkan positif COVID-19. : KitaReporters
Ras Adiba Radzi memuat naik kenyataan memaklumkan pegawai khasnya disahkan positif COVID-19.
Lagi cerita-cerita berkaitan Ras Adiba Radzi:
https://kitareporters.com/search?search=ras+adiba
Justeru, beliau sekeluarga perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari. Malah, Ras sempat memohon maaf kepada orang ramai sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak dan berdoa agar rakyat Malaysia dilindungi daripada wabak berkenaan.
Ras bersama adiknya, Raz Afiona Radzi yang disahkan positif COVID-19.
Ras berkongsi perkembangan terbaharu itu dalam media
sosial miliknya.
“Syukur Alhamdulillah, Salam semua. Kami ingin
kongsi berita mengenai keputusan saringan COVID-19 kami sekeluarga.
“Keputusan kesemua 10 orang ahli keluarga yang disaring adalah negatif. Syukur ke hadrat Ilahi,” tulisnya yang turut berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan kesihatannya sekeluarga.


Rata-rata pengikutnya dalam media sosial turut rasa
bersyukur dengan keputusan tersebut. Semoga kita semua dilindungi daripada COVID-19. - KitaReporters