Selamat buka puasa dengan kueh-kueh baju saya - Ismail Sabri
Published byKedua-duanya muncul setiap hari dalam siaran langsung TV menyampaikan sidang akhbar.
Tiada hari cuti bagi kedua-dua tokoh ini!!
Kedua-duanya tokoh berwibawa ini berperanan penting dalam mengekang virus covid-19 di negara ini. Namun ada perbezaan antara kedua-dua tokoh ini.
Noor Hisham berpakaian kemas dengan kot dan bertali leher menyampaikan sidang media.
Sementara bagi Ismail Sabri pula, beliau lebih suka berpakaian batik yang berbeza coraknya setiap hari bagi mempromosikan batik Malaysia.
Langkah Ismail Sabri berpakaian batik ini menarik perhatian orang ramai yang menyaksikan siaran langsung yang diberinya setiap hari.
Malah dia pernah menerima pujian pakaian batiknya yang cantik daripada seorang wartawan sebelum mengemukakan pertanyaan mengenai Covid-19.
Dan kini pakaian batik Ismail Sabri ditularkan dengan jenis-jenis juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, Pahang ini tidak marah pakaiannya ditular disamakan dengan kuih dan minuman untuk berbuka puasa.
Sebaliknya dia gembira dengan keadaan itu.
“Hehe creative betul warga net.. baju saya dh jadi kueh mueh..saya ingat saya jadi model batik msia je..rupa2nya jadi model kueh & ice cream plk...hehe terima kasih warga net krn menghiburkan bukan shj saya tapi seluruh rakyat msia. Selamat berbuka puasa dgn kueh2 baju saya ya..😄” katanya dalam posting dalam Twitter dan Instagramnya ismailsabri60. - KitaReporters