RIBUT selama lima minit ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa menerbangkan bumbung rumah tiga beradik di Kampung Pulau Timbul Jitra, Kedah baru-baru ini. Akibatnya, tiga beradik yatim piatu tersebut terpaksa menumpang di rumah seorang saudara, selain masih kekurangan wang untuk memasang semula bumbung yang rosak itu. : KitaReporters 

Muhammad Hanif menunjukkan bumbung rumah yang diterbangkan ribut.


Siti Fairuz Yahya, 30, bersama suami, kakak dan adiknya berada di dalam rumah ketika kejadian ribut itu berlaku pada Rabu, 29 April 2020.

"Saya yang sedang memasak ketika itu terkejut dan mengarahkan adik dan suami saya untuk membawa kakak saya yang kurang sihat ketika berehat di ruang tamu untuk keluar takut perkara tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui.

Tiga beradik ini kehilangan ibu mereka sejak 30 tahun lalu, manakala bapa mereka pula meninggal dunia pada tahun 2016 akibat serangan jantung.

 

Siti Fairuz Yahya  


 

Keseluruhan bumbung rumah dan bilik diterbangkan ribut.


Dua dari tiga beradik ini bekerja di salah sebuah kilang di jitra dan masih bercuti kerana penularan wabak COVID-19 dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020.

"Kami mengharapkan sokongan dan sumbangan orang ramai untuk memasang semula bumbung rumah yang diterbangkan ribut,’ kata adik bongsu Siti Fairuz, Muhammad Hanif, 25.

Mereka sekarang menumpang di rumah saudara dan masih kekurangan wang untuk memasang semula bumbung yang rosak itu.

Muhammad Hanif Yahya


Halimaton Shaadiah Saad (dua dari kiri) telah melawat adik-beradik Siti Fairuz Yahya di rumah mereka yang rosak dan menghulurkan bantuan kepada Muhammad Hanif .


Sehubungan itu, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam Halimaton Shaadiah Saad telah melawat dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Namun mereka berharap sumbangan orang ramai dapat mempercepatkan perbaiki rumah agar mereka dapat kembali mendiami rumah pusaka ibu bapa mereka.

"Kami telah cuba menghubungi beberapa kontraktor dan kos pembaikan yang diperlukan ialah RM6,000," kata Muhammad Hanif lagi.

Mereka bertiga mengharapkan akan kembali tinggal di rumah itu menjelang Syawal nanti.

Bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh menyumbang kepada akaun Maybank 152068806627 atau menghubungi 0192269226 (Siti) atau 0135752260 (Hamid) untuk keterangan lanjut. - KitaReporters

Muhammad Hanif hanya mampu melihat ruang tamu dan dua bilik yang rosak.


Pakaian, katil dan kerusi terpaksa diletakkan diruang dapur bagi mengelakan rosak akibat hujan.

4
0
1
0
0

Copy Link: