Video wanita awet muda tular! Ibu disangka kekasih pemuda!
Published bySEORANG pemuda berusia 18 tahun memuatnaikkan aksi mesranya dengan seorang wanita yang kelihatan sedikit tua daripadanya dalam IG dan Tik Tok membuat ramai yang menonton video itu menganggap pemuda ini sedang hangat bercinta dengan wanita yang lebih tua daripadanya. : KitaReporters
Kemesraan Joe dan emaknya menjadikan ramai yang salah anggap bahawa mereka pasangan kekasih. - Kredit foto: IG _generaljoe.
https://kitareporters.com/search?search=awet+muda
Tik Tok akaun @_generaljoe milik Muhammad Haikal Danial Mohd Edie atau mesra disapa Joe ini menjadi tontonan umum dan tular setelah Joe memuat naik video tersebut.
Ramai mengganggap dia beraksi mesra dengan kekasihnya yang merupakan ‘makcik’ yang awet muda.
Memetik laporan Wolipop, Joe berkata dia membuat video itu bersama ibunya yang dipanggil ‘Umi’ secara kebetulan tidak menyangka ia menjadi tular.
Aksi Joe dan emaknya dalam Tik Tok yang menjadi tular.
Remaja berusia 18 tahun itu mengaku, sejak kemunculan emaknya, videonya terus viral dan mendapat pelbagai tanggapan daripada netizan. Video itu sudah ditonton lebih dari sejuta kali dalam waktu kurang dari 24 jam dalam TikTok.
"Mulanya mereka menyangka bahawa ibu saya ini adalah kekasihlah, kakaklah sampai ada yang kata ibu tiri. Ini kerana kami terlihat seperti sebaya dan Umi terlihat lebih muda.
"Followers saya kemudian meminta Umi untuk muncul lagi dalam video. Sejak seminggu yang lalu, lebih daripada 10 video TikTok saya dengan umi," katanya dengan panjang lebar.
Joe memberikan hadiah kepada emaknya sebagai ucapan terima kasih kerana melahir dan membesarkannya.
"Saya merasa beruntung, kerana Umi mahu mengikuti permintaan saya," kata remaja yang mempunyai pengikut lebih daripada 256,000 dalam Instagramnya sehingga pagi, Sabtu, 19 Disember 2020.
Sementara itu, menurut emak Joe, Musalmah Derasa, bukan hanya dalam media sosial dia dianggap seumur dengan anaknya.
Ketika di luar rumah dia juga sering dianggap seperti adik-beradik dengan anak lelakinya itu.
Musalmah yang merupakan suri rumah tangga dan isteri kepada anggota tentera itu pun merasa terkejut ketika videonya tular.
"Sebelumnya saya cuma mempunyai kira-kira 2,000 pengikut dalam Instagram. Dan setelah viral, ada lebih daripada 20.000 pengikut kurang daripada seminggu dalam Instagram saya.
"Saya banyak terima pertanyaan melalui DM, tentang berapa umur saya dan rahsia awet muda," kata Musalmah.
Tambah Musalmah, bahkan ada yang meminta untuk menjadi menantunya melalui DM dalam Instagram. Sampai ada juga yang meninggalkan nombor telefon.
Joe bersama kedua-dua ibu bapanya
Mengenai ‘putera’nya yang aktif bermain dalam media sosial, Musalmah mengatakan dia tidak menentang. Bahkan, dia selalu menyampaikan pesanan kepada Joe agar tidak berlebihan dalam membuat video. - KitaReporters