RIDHO terapung-apung sambil berenang bersendirian di tengah lautan tanpa arah dituju di Kepulauan Seribu pada 18 Jun 2021. - Kredit foto: Suara.com 


SEORANG remaja lelaki menyifatkan dirinya seolah-olah sudah mati tetapi hidup semula apabila dia yang terapung-apung selama tiga jam bersendirian di tengah lautan di Kepulauan Seribu telah diselamatkan oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut (AL) pada Jumaat, 18 Jun 2021 lalu. 

Ridho Ilhami adalah seorang pelajar yang tinggal di Pulau Harapan terpaksa berenang keseorangan untuk menyelamatkan dirinya selepas terjatuh dari sebuah bot yang ditumpanginya dalam perjalanan dari Kronjo di Banten ke pulau tempat tinggalnya.

Selepas terjatuh dari bot, Ridho terpaksa berenang-renang di tengah lautan yang jaraknya kira-kira 35 kilometer dari daratan Banten tanpa arah tujuan kerana mangsa tidak kelihatan daratan untuk ditujui.


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berenang

 

Kredit Foto : Oh! Media.



Bayangkan pelajar itu berada di tengah-tengah lautan keseorangan tanpa teman serta tempat bergantung  dan dikeliling tubuhnya hanya air laut sahaja sehingga menyebabkan  ketika itu dia asyik memikirkan dirinya akan mati lemas.

``Betapa takutnya saya dikelilingi air lautan sahaja dan saya berenang tanpa bergantung apa-apa pun untuk menyelamatkan diri saya supaya tidak tenggelam atau lemas di laut sebelum saya diselamatkan oleh tentera laut.

``Di hati saya ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bimbang saya keseorangan berada di tengah lautan sambil berdoa semoga ada insan yang dapat menolong saya dan syukur lah saya diketemukan dengan tentera laut (TNI) yang dapat menyelamatkan saya,’’ kata Ridho.


KETIKA Ridho diselamatkan oleh tentera laut dari kapal KRI Sembilang-850. - Kredit foto: Tribunnews.com


Komander Jeneral TNI Angkalan Laut, Nanang Khunaifi berkata, sebelum itu pihaknya terlihat sesuatu objek yang terapung-apung dari jarak 100 meter.

Namun, katanya, apabila kapal KRI Sembilang-850 yang dinaiki tentera terbabit menghampiri ke  lokasi yang disangkakan suatu objek itu adalah ternyata seorang budak lelaki yang terapung-apung di permukaan air laut.

``Tanpa membuang masa saya telah mengarahkan beberapa kru anak kapalnya untuk pergi menyelamatkan mangsa itu,’’ katanya pada Tribunnews.com dalam laporan pada 21 Jun 2021 lalu. 



Nanang berkata sebelum itu, pada kira-kira pukul 8.30 pagi waktu tempatan hari tersebut,  KRI Sembilang 850 sedang melakukan rodaan sekitar kepulauan tersebut dan tidak sangka pula terjumpa remaja terbabit terapung-apung di tengah lautan.

``Beruntunglah remaja itu pandai berenang dan mengapungkan diri di tengah-tengah laut selepas terjatuh daripada bot dan nasib baik pula kami meronda di Kepulauan Seribu dan terjumpa mangsa,’’ kata Nanang.

``Eh kenapa dek? Sini sini naik kita tolongi dek. Ayuh naik. Kamu kenapa. Kita tolongi. Ayuh naik dek. Naik dulu. Ini di laut. Dalam tengah laut,’’ kata beberapa anak kapal itu di dalam video semasa mereka mengajak Ridho naik ke botnya untuk menyelamatkannya.

Berikutan dengan insiden itu, kru kapal KRI Sembilang-850 merakam video semasa menyelamatkan mangsa itu kemudian dihantar ke media sosial yang telah mendapat pujian dalam kalangan pembaca dengan mengatakan betapa mulia hati kru anak kapal itu menyelamatkan nyawa remaja itu di lautan.


RIDHO diselamatkan oleh anggota TNI Angkatan Laut. - Kredit foto:  Okezone.Com


Sementara itu, Ridho mengakui dia terjatuh dari bot iaitu dalam perjalanan dari  Kronjo Banten untuk pulang ke kampungnya di Pulau Harapan.

Menurutnya. dalam perjalanan pulang itu, tiba- tiba dia terjatuh ke laut dari bot yang ditumpanginya itu  dan dia mengapungkan dirinya sambil berenang tanpa menggunakan sebarang peralatan seperti tong atau jaket keselamatan selama tiga jam sebelum diselamatkan oleh anak kapal KRI Sembilang-850.

Selepas itu, Ridho dihantar ke Balai Polis Untung Jawa sebelum diserahkan kepada kedua-dua ibu bapanya iaitu Dulkair dan Maimunah di kampung itu. - KitaReporters


TNI AL memberi sijil anugerah kepada Ridho atas keberanian serta ketabahannya yang mengharungi lautan bersendirian untuk menyelamatkan dirinya pada 18 Jun 2021. - Kredit foto: Tribun Solo

1
5
1
0
0

Copy Link: