Program Bayu Kasih 2021! Terengganu kirim 50,000 pelitup muka,10,000 naskhah al-Quran ke Sabah
Published bySebahagian pelitup muka dan naskhah al-Quran sumbangan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Kerajaan Sabah yang akan dibawa oleh KD Mahawangsa yang akan berlepas ke Sabah pada 26 Februari 2020
Walaupun dipisahkan dengan Laut Cina Selatan, namun ia bukan batas sempadan untuk saling membantu malah ikatan persaudaraan tetap terjalin demi rakyat dan negara.
Begitulah rasa simpati Kerajaan
Terengganu terhadap rakyat Sabah yang turut terkesan dengan penularan pandemik COVID-19
dengan kes yang masih belum reda di negeri tersebut.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan al-Quran
https://kitareporters.com/search?search=al-Quran
Kapal milik TLDM KD Mahawangsa yang akan membawa pelitup muka dan naskhah al-Quran ke Sabah
Atas semangat setia kawan Urus Setia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu Sejahtera (UBSNT) menghantar sebanyak 50,000 pelitup muka dan 10,000 naskhah al-Quran ke Sabah dalam usaha membantu negeri tersebut menghadapi penularan COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Program Bayu Kasih 2021 itu adalah kerjasama UBSNT bersama Iman Care sebagai penaja utama akan menyerahkan sumbangan tersebut kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa NGO terlibat di sana untuk diagihkan.
Wan Sukairi Wan Abdullah
Katanya, barangan tersebut akan dihantar dengan kerjasama Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) dengan menggunakan KD Mahawangsa, yang mana rombongan ini akan bergerak
ke Kota Bharu mengambil baki barangan yang bakal dibawa dan seterusnya ke
Lumut untuk dinaikkan ke kapal yang terus ke Sabah.
Wan Sukairi bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha yang dilakukan oleh NGO terbabit.
“Mudah-mudahan segala seumbangan ini akan memberikan kelegaan dan membantu sedikit sebanyak situasi di sana yang kita sedia maklum menghadapi situasi yang agak luar biasa selain amat memerlukan keperluan ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya turut menyediakan keropok lekor untuk diagihihkan kepada 262 anak Kapal Diraja (KD) Mahawangsa ketika pelayaran ke Sabah yang dijadualkan pada 26 Februari ini.
“Semoga perjalanan dan segala urusan
penyampaian bantuan di bawah Program Bayu Kasih 2021 berjalan dengan lancar.” Katanya
menerusi hantaran Facebook miliknya. - KitaReporters