Gambar The Duke and Duchess of Sussex oleh Chris Allerton 


ADA masanya mereka saling bertentang mata, kerlingan mata penuh cinta dan kehangatan kasih sayang. Malah secara terbuka, Putera Harry tanpa segan silu memegang erat jari jemari isterinya Meghan Markle sambil mereka berjalan. Dan dalam banyak keadaan juga, Harry kelihatan begitu selesa membetulkan rambut Meghan yang ditiup angin atau sekadar memastikan sikatan rambut itu tidak tersangkut pada baju yang dipakai oleh isterinya.

Secara tradisinya keluarga diraja tidak dibenarkan menunjukkan kemesraan di depan khalayak ramai. Walaupun tiada peraturan wajib tetapi Ratu Elizabeth II semacam membuat satu ketetapan kerabat baginda tidak boleh berpimpin tangan secara terbuka. Sebab itu, Putera William dan isterinya, Kate Middleton jarang menonjolkan kemesraan di depan orang ramai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Putera Harry



Bagaimanapun Harry dan Meghan Markle terkecuali terikat dengan peraturan itu. Dan ini memberi mereka kebebasan mutlak untuk berkongsi rasa cinta mereka secara terbuka, menampilkan Harry bukan lagi sebagai seorang putera raja malah lelaki Inggeris budiman yang melayan wanitanya secara romantik

Dalam suasana tertentu, mereka kelihatan saling terleka, terpesona dan tertarik hati bila merenung wajah ayu Meghan dan si kacak Harry.

Kebetulan pula media kelihatan sangat seronok merakamkan gelagat Harry-Meghan menyulam cinta mereka. Yang menceritakan itulah kisah apabila seorang wanita rakyat biasa mencintai seorang putera raja

Cinta segenap jiwa sehingga berjaya 'meranapkan' kota istana apabila putera itu memilih 'buang' semua darjat untuk memenuhi kisah cinta seumpama paparan filem Shrek. Bila Fiona memilih lelaki hodoh dan rela menjadi hodoh demi menyahut sebuah cinta.

Mereka adalah dua insan yang sedang hangat bercinta dengan maksyuknya. Sekali gus paparan kasih itu menepiskan semua komen-komen negatif mengenai tindakan Harry meninggalkan istana demi cintanya pada Meghan.



Purewow dalam laporannya menyebut, ada 25 undang-undang 'karut' perlu dipatuhi kerabat diraja termasuk dahulunya, mendiang Putera Philip, suami Ratu Elizabeth II perlu berjalan selangkah di belakang isterinya. 

Kerabat utama diraja tidak dibenarkan berswafoto, masih boleh menerima cenderamata tapi Ratu yang akan menentukan siapa yang dapat menyimpan dan kerabat juga tidak boleh sembarangan melamar pasangan tanpa kebenaran dari istana. Selain itu, pasangan itu tidak boleh menunjukkan kasih sayang secara terbuka.

Sejak di Amerika, Meghan menukar penampilan Harry kekal sebagai kerabat diraja tetapi lebih kepada seorang "bintang filem" dan dalam setiap detik yang dirakamkan kelihatan wajah mereka bila saling bertentang penuh dengan rasa cinta



Malah Meghan ada ketika itu kelihatan kagum bila melihat suaminya membuka topeng muka dengan lirikan senyuman kasih sambil kelihatan bibirnya menyebut wow.

Harry ternyata begitu selesa dengan gaya bersahajanya bila bergaul dengan masyarakat. Tampil dalam watak lucu dan adakalanya sebagai kawan-kawan biasa dalam sesi temu bual dalam media massa. 

Kemesraan itu sebenarnya diwarisi daripada mendiang ibunya, Lady Diana Spencer yang sejak kecil memupuk kehidupan di luar istana buat anak-anak, termasuk mengajak anak-anak makan di McDonald, berjogging di taman bunga sekitar London malah Harry pernah berdampingan dengan orang-orang geladangan untuk hidup sebagai rakyat kelas biasa.

Dalam keadaan media di negara asalnya cuba memburuk namanya, Harry dan Meghan tidak peduli dengan kritikan sebaliknya tohmahan itu dibalas dengan cara renungan mata Meghan yang tidak berkedip melihat wajah lelaki yang sanggup meninggalkan kemashyuran dan gelaran diraja semata-mata untuk hidup bersamanya nun jauh d perantauan negara koboi, Amerika




Netizen menggelarkan tangan Harry-Meghan bagaikan caj magnet. Saling bertaut dan berjalan berpimpin dan adakalanya dalam majlis yang dikelilingi ramai orang, Meghan seolah-olah memberitahu "can you see my love dan ada pula gelaran untuk Harry, lelaki yang sanggup meninggalkan seluruh 'empayar diraja' semata-mata mencintai seorang wanita. 

Dan kisah cinta diraja juga sama taraf dengan mana-mana rakyat biasa, Putera Harry dan Meghan seolah-olah memberi ungkapan: "Kami dua insan yang hanya saling jatuh cinta." 

Meghan dan Harry jatuh cinta kali pertama dalam satu pertemuan diaturkan dan mereka kemudian keluar minum untuk mengenali hati budi masing-masing. 

Kini pasangan itu dikurniakan dua putera, Archie dan Lilibet yang dilahirkan di Amerika. Harry-Meghan dianggap mewakili keluarga Britain di Amerika dan mereka juga memilih untuk membuat pelbagai projek perniagaan untuk mencari sumber kewangan dengan berdikari.



Akhbar Express.co UK melaporkan Harry dan Meghan ini menjadi manusia terkaya di dunia menerusi cara penjenamaan diri dengan nilai kewangan mencecah RM1.4 billion (£250 juta) bila menandatangani perjanjian perniagaan yang besar dan duta produk.

Pakar penjenamaan dan Pengasas Agensi Perhubungan Awam Fran PR Andrew Bloch memberitahu Fabulous sejak berhijrah ke California selepas meletakkan jawatan sebagai kerabat diraja bekerja, Harry dan Meghan bakal muncul dalam "Meghan Neflix' dengan menandatangani perjanjian yang mampu menghasilkan pendapatan RM641 juta (£112 juta)  menerusi program kendalian mereka termasuk siri aminasi Pearl. Itu belum masuk perjanjian menghasilkan dokumentari alam sekitar dan rancangan kanak-kanak. 

Sebelum ini Meghan and Harry telah berusaha sama dengan media muzik Spotify yang dikatakan menghasilkan keuntungan lebih RM171.7 juta (£30 juta). 

Kebanyakan pendapatan yang dicatatkan mereka melebihi pendapatan artis gred A Hollywood seperti Will Smith yang menerima RM86 juta atau $20 juta (£14.6 juta) untuk filem edaran Netflix Bright manakala Ryan Reynolds pula mendapat RM112 ( £19.7 juta) dari siri Six Underground.

"Tidak mustahil bagi pasangan ini mencipta jenama diri bernilai billion ringgit. Baru Selasa 25 Oktober 2021 pasangan diraja itu menjadi rakan kongsi dan pelabur untuk memulakan Ethic," katanya. - KitaReporters



14
13
0
13
0

Copy Link: