Usahawan wanita Datuk Noora Ainne Kamaruddin pembekal mesin dobi layan diri kepada pelanggan seluruh negara.


REZEKI  seseorang memang ditentukan oleh Allah bermula hari pertama kita 'hadir' di dunia sehinggalah kembali ke kampung abadi! 

Namun begitu bukanlah bermakna kita hanya menunggu rezeki itu bergolek atau datang sendiri, dan semestinya usaha keras yang berterusan menjanjikan kesenangan dalam hidup.

Berpegang prinsip itu seorang ibu tunggal cekal meneruskan usaha berterusan meneruskan perjalanan hidup sebelum menutup mata.


Lagi kisah menarik berkaitan kejayaan ibu tunggal

  

Datuk Noora Ainne Kamaruddin


Atas kesungguhan dirinya, Datuk Noora Ainne Kamaruddin, yang berasal dari Ipoh, Perak, kini mampu tersenyum lebar menyaksikan kejayaan sendiri di atas usaha yang dilakukan selama ini.

Dia yang memulakan pelbagai jenis perniagaan kini mampu menarik nafas lega di atas usaha yang dilakukan selama ini.

Bagi wanita kelahiran Ipoh Perak ini, memegang status ibu tunggal bukan perkara mudah baginya, namun demi keselesaan anak-anak dia tidak berpaling ke belakang lagi dan terus maju ke depan.


Kay turun padang melihat pekerja mencari gali emas di Sungai Raub,Pahang


Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Datuk Noora atau Kay bukan calang-calang ibu tunggal kerana sebelum ini pernah membabitkan diri dalam perusahaan melombong emas mentah di daerah Raub dan Kuala Lipis, Pahang.

Malah Kay juga melakukan aktiviti mengimport dan menjual emas jongkong dalam unit dan pukal mengikut permintaan.

Dia yang gemar dengan aktiviti lasak dan memilih untuk menjadi usahawan kerana suka kepada kerja-kerja mencabar selain bertekad untuk memperbaiki taraf ekonomi keluarga.

Wanita berkulit putih gebu berusia 45 tahun itu mengakui pelbagai cabaran yang ditempuh dalam dunia perniagaan dengan melalui pahit getir yang untuk mencapai kejayaan seperti yang dinikmati sekarang.


Kay mengadakan perbincangan dengan pelanggan yang ingin membeli mesin


Bermula dengan modal perniagaan hanya RM500 untuk berniaga kecil-kecilan kini beliau mampu menubuhkan syarikat kecil yang memiliki modal berbayar (paid-up capital) lebih satu juta ringgit.

“Saya bukan daripada keluarga senang sebaliknya pihak keluarga yang memberi sokongan dan motivasi untuk membina hidup baharu selepas berpisah dengan suami,” ujar wanita cekal ini lagi.


Kay ketika berada di pejabat miliknya


Bagaimanapun, perusahaan melombong dan mencari gali emas tersebut yang disertainya pada 2014 akhirnya terpaksa memberhentikan operasinya selepas negara dilanda pandemik COVID-19 pada 2020.

“Ketika mengusahakan lombong emas ia banyak menguji ketahan dan mental diri kerana berada dalam lumpur dan hutan rimba untuk menguruskan perusahaan tersebut,” katanya.  


Kepingan emas yang diusahakan syarikat perlombongan milik Kay


Jongkong emas keluaran syarikat perlombongan milik Kay


Kini Kay mengubah haluan dengan menjalankan perniagaan dalam bidang kontraktor binaan CIDB selain membekal keperluan kedai atau perniagaan dobi layan diri di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebagai pembekal mesin dan barangan dobi layan diri ia juga perlu kreativiti untuk mengubah suai reka bentuk kedai pemilik kedai bagi menarik minat pengunjung. 


Sebuah kedai penyedia mesin dobi layan diri yang diubah suai mengikut kreativiti syarikat Kay.


“Perkhidmatan membekal mesin bukan sahaja dalam kalangan peniaga Bumiputera malah ia turut membekal kepada peniaga Cina dan India,” katanya.

Setelah hampir 20 tahun hidup sebagai ibu tunggal Kay amat serius dalam usaha membina kehidupan diri sebagai usahawan berjaya sehingga tidak memikirkan untuk berumah tangga.

Jika ada usahawan yang berminat untuk menjalankan perniagaan dobi layan diri, Kay sedia menawarkan perkhidmatan dan boleh menghubunginya menerusi talian 017-5545502/011-70303709. - KitaReporters

Seorang pekerja bersama mesin dobi yang ditempah oleh pelanggan dimasukkan ke dalam lori

 

37
9
1
15
1

Copy Link: