Hari Bapa! Rindu tak tertanggung! Cuma temu ayah dalam mimpi

Published by
KitaReporters

KERINDUAN Muhammad Farid Anuar, 25, pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena Hari Bapa 21 Jun ini diluahkannya dalam Facebooknya. Anak sulung daripada empat beradik ini amat merindui ayahnya yang meninggal akibat kanser perut pada 11 November 2017. : KitaReporters

Luahan Muhammad Farid Anuar dalam entri Facebooknya.


"Saya amat merindui dan cemburu kepada mereka yang ada ayah kerana saya tidak sempat menamatkan pengajian seterusnya bekerja bagi menghantar ayah untuk menunaikan haji," katanya dalam keadaan sebak ketika menceritakan kehidupan bersama ayah dan ketibaan Hari Bapa pada 21 Jun 2020 ini.

Muhammad Farid Anuar, 25.


Ayahnya seorang yang amat baik dan tidak berputus asa walaupun keadaan Muhammad Farid dilahirkan tidak sempurna.

Muhammad Farid berkata, ayahnya akan ke mana sahaja bila diberitahu rakan-rakan bahawa terdapat ada orang yang boleh membantu anaknya berjalan.

Ketika berusia enam tahun dan boleh mula berjalan ayahnya mengadakan kenduri kesyukuran kerana anaknya boleh berjalan.

Kini 21 Jun hampir menjelang, namun Muhammad Farid tidak dapat menyembunyikan kesedihannya dengan mencatatkan luahan hatinya dalam akaun Facebook peribadinya itu.

Muhammad Farid (kiri) berbincang dengan Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar Roslee Mardan (tengah).


Pelajar semester akhir ini mempunyai semangat dan jati diri yang tinggi termasuk berkorban untuk bersama ibunya di kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) ini.

“Saya tekad menghabiskan praktikum ini pada September dan bercadang menyambung pengajian pada peringkat Sarjana pula," kata Muhammad Farid ketika ditemui di Bahagian Pembangunan  Pelajar UUM.

Muhammad Farid (dua dari kanan) ketika menerima Anugerah IKON OKU di KPT.


Sementara itu, Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Roslee Mardan ketika ditemui berkata, Muhammad Farid seorang yang bertanggungjawab dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam semua arahan yang diberikan.

"Saya amat berpuas hati dengan prestasinya termasuk cepat dalam menyediakan laporan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris," sambung Roslee lagi.

Walaupun kerajaan dan kementerian memberi kelongaran kepada pelajar praktikum semasa PKP, PKPB dan PKPP tetapi Muhammad Farid tetap memilih untuk meneruskan praktikumnya hingga tamat.

Pengalaman sepanjang PKP, PKPB dan PKPP ini banyak mengajarnya untuk mempelajari cara mengurus, mengendali, melaksana dan menyediakan laporan praktikumnya. - KitaReporters

Muhammad Farid ketika pengumuman keputusan STPM.

8
0
3
0
0

Copy Link: