Tahniah Dr Amalina! Umum bertunang dengan pemuda Inggeris!
Published byDR AMALINA atau nama penuhnya Nur Amalina Che Bakri berkongsi berita gembira dalam media sosial apabila menjadi tunangan kepada teman lelakinya yang berbangsa Inggeris. Pada 2018 yang lalu, buat pertama kali Dr Amalina berkongsi gambar teman lelakinya itu dalam media sosial, namun merahsiakan namanya. : KitaReporters
Dr Amalina bersama teman lelaki yang kini sudah menjadi tunang.
Lagi cerita-cerita berkaitan Dr Amalina:
https://kitareporters.com/search?search=amalina
Ramai yang tidak sabar menunggu detik-detik pasangan ini disatukan. Selangkah demi selangkah, akhirnya Dr Amalina mengumumkan mereka kini sudah menjadi tunangan.
Berita itu disambut penuh gembira dan ucapan tahniah
daripada pengikutnya dalam media sosial. Malah pelakon terkenal, Lisa Surihani
turut mengucapkan tahniah.
“Tahniah doktor dan bakal suami,” tulis Lisa.
Berita itu disampaikan secara ringkas oleh Dr Amalina
dan mengakui dia kini mula teruja untuk ke peringkat seterusnya.
“Excited about wedding planning x2 (UK & Malaysia) #Engaged,” tulisnya ringkas.
Namun, Dr Amalina tidak menjelaskan secara terperinci berapa lama mereka mengikat tali pertunangan dan tarikh perkahwinan.
Dr Amalina bergelar doktor setelah menamatkan pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.
Tidak lokek denngan ilmu di dada, Dr Amalina sering berkongsi dan mendidik masyarakat tentang kesedaran kesihatan menerusi beberapa platform media sosial miliknya. Walaupun pernah menerima kecaman oleh beberapa pihak yang tidak setuju dengan kelantangannya dalam mendidik masyarakat mengenai kesihatan, ia tidak mematahkan semangat wanita berusia 33 tahun ini.
Malah, dia kini membuka laman web sendiri bernama Ask Dr Amalina untuk berkongsi tip kesihatan dengan orang ramai.
Nama Dr Amalina mula menjadi sebutan apabila berjaya mencipta sejarah sebagai pelajar pintar yang mencapai keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004. - KitaReporters