MEMILIKI cahaya mata pasti menjadi perkara yang ditunggu-tunggu bagi pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga.

Bukan sahaja pasangan berkenaan tetapi juga menjadi penantian yang berharga adalah ibu bapa pasangan yang tidak sabar-sabar mahu 'naik pangkat' dengan gelaran datuk dan nenek.

Sangat beruntung bagi yang cepat direzekikan menerima 'hadiah' berkenaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kehamilan



Namun bagaimana pula dengan pasangan yang lambat untuk menerima kehadiran cahaya mata, tetapi semua itu adalah ketentuan bukannya perancangan kita sebagai manusia.

Di negeri Uttarakhand, India pasangan warga emas nekad untuk menyaman anak lelaki mereka sendiri dan menantu kerana gagal memberikan mereka cucu selepas menunggu lebih enam tahun

Memetik laporan thennationalnews.com, Sanjeev Prasad Sinha, bersama isterinya Sadhana Prasad Sinha berhasrat menyaman anak kandungnya sendiri sebanyak AS$65,000 (kira-kira RM290,000) sebagai tuntutan kepada mereka berdua selepas berhabisan melahir dan menjaganya sejak kecil sehingga tamat belajar dan berjaya menjadi jururterbang.

Namun tetap gagal memberikan mereka cucunya.



Pasangan pesara berusia 62 tahun itu turut mendakwa mereka juga telah berhabisan dan berbelanja besar untuk menyediakan majlis perkahwinan termasuk menghadiahkan kereta mewah kepada anak lelakinya ketika perkahwinan mereka kira-kira enam tahun lalu.

Bukan setakat itu, pasangan tersebut turut menaja bulan madu anak dan menantu sebagai hadiah perkahwinan mereka dengan harapan menantunya dapat memberikan cucu secepat mungkin

Namun Sadhana dan dan Sanjeev hampa, penantian selama ini tidak berbuah dan menantu masih tidak mengandung. Malah bakal datuk dan nenek itu mendakwa kehidupannya kini kesepian kerana terpaksa menunggu terlalu lama.

"Secara mental kami terganggu kerana kami tinggal bersendirian,” kata pasangan warga emas itu kepada The National. 



Tuntutan tersebut akan didengar di sebuah mahkamah negeri tersebut pada Selasa, 17 Mei 2022 ini.

Namun pasangan warga emas itu berkata, mereka boleh menarik balik tuntutan berkenaan sekiranya ada berita gembira daripada menantunya dalam tempoh setahun ini. 

Masya-Allah ada juga orang macam ni dalam dunia ini. Soal ajal jodoh dan rezeki ini kan daripada-Nya. Kita hanya merancang namun Dia yang menetukan. 

Semoga pasangan warga emas diberikan kesedaran dan berubah hati. - KitaReporters


10
14
1
11
0

Copy Link: