Terbaiklah! KWIM kolaborasi dengan UKM! Jayakan Kempen Are U Ok! Bantu perkasa kesejahteraan wanita!
Published byKEMPEN kesihatan 'Are U OK' yang diasaskan Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) kini mengorak langkah apabila membuat kolaborasi bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam menjayakan kempen berkenaan.
Kempen yang dilancarkan pada 20 Oktober 2022 lalu oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud itu bertujuan untuk menggali potensi selain membantu memperkasa kesejahteraan masyarakat khasnya golongan wanita di Malaysia untuk terus bangkit terutama dalam berhadapan dengan krisis serta cabaran hidup era pascapandemik atau endemik COVID-19.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Wanita Ikon Malaysia
Tanggal 9 Disember 2022 lalu menjadi detik berharga kepada kedua-dua pihak antara KWIM dan UKM melalui Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) apabila menandatangani surat hasrat (LOI) kerjasama dalam menjayakan Kempen “Are U Ok”.
Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed, kerjasama ini diyakini dapat membangkit semangat kaum wanita tetapi juga dijadikan platform membantu golongan wanita yang bermasalah dengan cara yang lebih tepat.
Malah, Normaziah yang lebih selesa dipanggil Datuk Azi menjelaskan, pihaknya akan sama-sama turun padang sehingga ke akar umbi bagi memastikan matlamat kempen dapat dicapai secara maksimum.
Kempen berkenaan yang dilancarkan pada majlis Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2022 tersebut selari dengan hasrat negara untuk menjadikan rakyatnya yang harmoni dan sejahtera. Selain dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Katanya, kempen berkenaan akan turut diserikan dengan kumpulan jelitawan yang menyandang gelaran Wanita Ikon Negeri dan Wanita Ikon Malaysia dan akan berganding bahu.
“Kita akan sama-sama turun padang sehingga ke akar umbi bagi memastikan matlamat kempen dapat dicapai secara maksimum,” katanya.
Beliau menambah modul disampaikan oleh kumpulan pensyarah UKM itu amat diperlukan kerana perkongsian kepakaran tersebut diyakini dapat membantu dalam mempersiap diri semua Wanita Ikon negeri untuk menjayakan kempen.
Selain mendekati masyarakat khasnya golongan wanita untuk terus bangkit dan meneruskan kelangsungan hidup dengan sejahtera.
Sementara itu, UKM yang diwakili Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kenausiaan, Profesor Madya Dr Wan Shahrazad Wan Sulaiman berkata, kerjasama strategik tersebut dilihat sebagai platform penting yang berperanan untuk membantu negara dalam memperkasa wanita dan masyarakat untuk menangani masalah psikososial selain mendepani isu-isu semasa yang tidak dijangka.
Kerjasama berkenaan juga dapat diperluas melalui aktiviti penyelidikan bersama industri dan program-program keusahawanan pelajar di fakulti.
“Bagi menjayakan kempen ini, pihak Pusat Kajian dan Psikologi Malaysia (PsiTra) telah menawarkan kepakaran melalui lima modul,” katanya.
Antara modul-modul yang disampaikan oleh kumpulan pensyarah UKM adalah seperti Kemahiran dan Etika Kesukarelawan, serta Psychological First Aid (PFA).
Selain itu, modul berkaitan Asas Kemahiran Menolong: Kes Keganasan Terhadap Wanita, Penjagaan Kesihatan Mental dan modul Menyantuni dan Memperkasa Remaja Berisiko turut disampaikan dalam menjayakan kempen yang diadakan buat julung kali ini.
Semoga usaha murni ini dapat dijayakan dengan sempurna sekali gus dapat membantu wanita khususnya berdepan masalah tetapi dalam masa sama dapat memperkasakan wanita menjalani kehidupan yang lebih ceria dan sempurna. - KitaReporters