Video| Nak cari rezeki itu bukan mudah! Sayu lihat rider makan nasi atas motosikal! Ketika bertugas!

Published by
KitaReporters


SETIAP orang mempunyai kisah tersendiri semasa mencari rezeki. Demi kelangsungan kehidupan setiap orang perlu berusaha untuk mencari wang.

Begitu juga dengan rider penghantar makanan yang mencari rezeki baik semasa hujan atau panas demi sesuap nasi untuk keluarga tercinta.

Seorang rider penghantar makanan telah membuatkan ramai orang merasa sebak apabila melihat video beliau yang sedang makan di atas motosikalnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan abang penghantar makanan


Video yang dirakam oleh seseorang ini memaparkan rider ini menjamah makanan di atas motosikal ketika menunggu lampu isyarat yang tidak pasti lokasinya

Pemilik video ini tidak sengaja merakam tindakan rider ini namun dia berbuat demikian kerana melihatnya dan ingin memberikan pengajaran kepada orang ramai untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh tuhan.

Oleh sebab itu, video ini telah mendapat komen netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah bekerja sebagai rider makanan.



Bukan itu sahaja, ada antara mereka yang mendoakan agar semua rider makanan ini dipermudah urusan mereka dan juga dimurahan rezeki.

Nak cari rezeki itu tidak mudah, berusahalah sebaik mungkin. - KitaReporters


14
10
0
8
0

Copy Link: