Syabas anak muda! Aktif berpersatuan tidak halang cemerlang dalam pelajaran! Berbakti dan berilmu!
Published bySyed Farizuan Tuan Mat Rosli (tengah) meraikan kejayaan bersama ahli keluarga sempena Konvokesen Ke-20 UMT
BERGELAR pelajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak pernah menghalang Syed Farizuan Tuan Mat Rosli, 23 tahun, graduan Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) untuk terus aktif dalam badan beruniform yang diminatinya sejak kecil.
Penglibatan Syed Farizuan sebagai Pegawai Kadet Pertahanan Awam Malaysia (APM) semasa bergelar mahasiswa membuka langkah kepadanya untuk untuk dia lebih dekat dengan masyarakat dan membantu golongan yang memerlukan bantuan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anak-anak muda
Syed Farizuan bersama rakan-rakan menyertai gotong royong membersih lumpur dalam kejadian banjir di Terengganu
Menurut anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan ini kesibukan kuliah bukan penghalang untuknya mengambil peluang menyertai aktiviti-aktiviti yang dijadualkan oleh APM.
Tambahnya lagi perkara yang paling mencabar sepanjang penglibatannya dalam APM ini apabila bertugas ketika negara dilanda wabak COVID-19.
“Telah banyak lokasi saya bertugas, namun paling membanggakan saya apabila diberi peluang untuk bertugas di PKRC yang bertempat di UMT sendiri.
“Bagi saya pengalaman ini bukan mudah untuk diperolehi. Dalam masa saya berjuang menamatkan pengajian, saya ingin berbakti kepada masyarakat kerana jiwa saya memang dekat dengan masyarakat dan tidak boleh lihat mereka yang perlukan bantuan.
“Ia memberikan kepuasan kepada saya apabila membantu meringankan bebanan masyarakat pada waktu itu. Perit jerih telah saya tempuhi sepanjang bertugas bersama APM memang sukar dilupakan dan menjadi pengalam berharga buat saya,” katanya.
Syed Farizuan merekodkan kehadiran pada program sukarelawan Angkatan Pertahanan AWam Malaysia (APM)
Walau bagaimanapun Syed Farizuan bertuah dan gembira kerana keluarga dan pihak UMT memberi sokongan kepadanya.
Pada masa yang sama kerisauan keluarga terutama keselamatan semasa bertugas tidak dapat dielakkan.
“Menjadi
barisan hadapan COVID-19 adalah tidak semudah yang disangka. Saya perlu
mematuhi SOP yang ditetapkan dengan ketat agar menularan wabak ini tidak
berlaku. Setiap masa perlu berwaspada.
Syed Farizuan ditemani rakan karib selepas majlis konvokesyen Ke-20 UMT
Menurut anak kelima daripada enam beradik ini, walaupun sibuk dengan aktiviti bersama APM, Syed Farizuan tetap mengutamakan pelajaran. Apatah lagi kursus Sains Kimia yang diambilnya bukan mudah.
Sebagai mahasiswa yang bijak membahagikan masa, dia memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa kuliah di dalam kelas serta bertanya soalan kepada pensyarah sekiranya ada yang tidak difahami. Hasilnya,
Syed Farizuan mendapat keputusan cemerlang dengan purata kumulatif 3.5.
Syed Farizuan bersama rakan-rakan sukarelawan APM