Pin by Laurie Aronovici on H.R.H. - P.O.W. Portraits ...


DUA tiga bulan sebelum kematiannya pada 31 Ogos 1977, Diana Frances Spencer @ Lady Diana Spencer telah melalui jadual kehidupan yang sangat menarik. 

Daripada bertemu Mother Teresa yang hidupnya sebagai wanita pejuang membantu orang-orang miskin di India dan Amerika Syarikat, Diana sempat sedekahkan sebahagian besar koleksi pakaiannya untuk mengumpul dana.

Dari melakukan kerja-kerja kebajikan bagi membuatkan dirinya "move on" Diana mendapat sokongan kawan-kawan dengan menghadiri majlis makan malam dan sempat dipotretkan wajahnya untuk kali terakhir oleh majalah Vanity Fair. Malah meraikan hari jadinya yang disambut oleh anak-anak dan kawan-kawan rapatnya.

Ketika sambutan hari lahirnya pada 1 Julai 1997 yang ke-36 tahun inilah, Diana diberi gelaran Puteri Rakyat (People's Princess) yang dicatatkan oleh penulis, Tina Brown dalam The Diana Chronicles - Princess Diana.



Kini selepas 26 tahun berlalu nama Diana akan kembali disebut sempena mengingati hari kematiannya pada Ahad 31 Ogos 1997 ketika dia sedang menyiapkan pelan hidup barunya sebagai janda dan bonda kepada dua putera diraja dengan salah seorang daripadanya akan menaiki takhta selepas bekas suaminya, Raja Charles III.

Dari seorang anak gadis yang sukakan tarian terutama balet, Diana mencipta nama dalam satu bilion sebagai orang berpengaruh (influencer atau pempengaruh), isteri yang dicurangi, wanita inspirasi semua penduduk dunia dan Cinderella moden yang hidupnya berakhir dengan tragedi selepas nyamanya diragut dalam nahas jalan raya di Paris.

Mari kita soroti minggu-minggu terakhir dalam hidup Diana.


princess diana visits lahore, pakistan

Diana bersama Jemima dan Imran Khan. Kedua-duanya kawan akrabnya. - Kredit gambar imej Getty.


22 Mei, 1997 - Diana melawat Lahore, Pakistan untuk membantu mengutip dana bagi pembinaan klinik barah yang diketuai Imran yang waktu itu bekas pemain Kriket sebelum menjadi Perdana Menteri Pakistan.

Imram yakin cinta Diana dan Dr Hasnat Ahmad Khan yang berasal dari Pakistan tetapi berkhidmat di London itu betul-betul tulus. "Dia kenal dua tahun dah tu dan mahu berkahwin dengan lelaki itu," kata Imran dalam satu wawancara televisyen. 

Difahamkan Dr Hasnat tarik diri kerana dia tidak yakin dalam menyesuaikan diri dengan Diana yang dicintai oleh warga dunia itu. Diana menggelarkan kekasihnya itu -  "Mr. Wonderful"


princess diana attends swan lake at royal albert hall

Diana menghadiri persembahan teater Swan Lake di Royal Albert Hall. - Kredit foto: Getty Image


3 Jun, 1997 - Diana memang terkenal sebagai wanita yang sukakan dengan tarian. Pada minggu itu, dia menyaksikan persembahan tarian Swan Lake dan membantu mengumpul dana ribuan paun. 

Dia turut bertemu dengan penari teater berkenaan. Dan dengan gaun mini berwarna turquoise rekaan Jacques Azagury ternyata Diana menggemparkan peminat fesyen dengan penampilan seksinya.


princess diana visits with mother teresa in new york city

Diana bertemu Mother Teresa di New York.


18 Jun, 1997 - Pertemuan terakhir mereka. Diana dan Mother Teresa berpimpin tangan di jalan utama di Bronx Bandar Raya New York.

Ketika itu juga Mother Teresa disahkan dalam keadaan kesihatan yang teruk merosot, tetapi sempat memberi restu kepada Diana selama 40 minit semasa pertemuan itu. Diana kemudian bertemu dengan Hillary Clinton. 

Pada 5 September lima hari selepas kematian Diana, Mother Teresa, 87 tahun meninggal dunia di Kolkata, India.


Princess Diana

Diana melihat koleksi pakaiannya dalam acara lelong pakaiannya. - Kredit foto: Princess Diana's Life and Legacy


22 Jun,1997 - Sekali lagi Diana kembali ke  New York menghadiri parti gala dan melelong koleksi pakaiannya oleh Gedung Christie. 

The New York Times melaporkan jualan 79 cocktail pakaian membawa sumber dana AS$3.25 juta (RM15 juta). Koleksi  paling diminat gaun biru rekaan Victor Edelstein yang Diana pakai semasa menari dengan John Travolta di White House. Ia dijual dengan harga $222,500 (RM1.033 juta).


princess diana - june 1997 vanity fair cover

Diana menjadi gambar muka depan Majalah Vanity Fair. - Kredit foto: Vanity Fair


30 Jun,1997 - Diana menghiasi muka depan majalah Vanity Fair sebulan, sebelum meninggal dunia. Isunya membicarakan cara dia menguruskan perceraian dengan Putera Charles (masa itu) dan membina hidup baru.

Gambar itu dirakamkan oleh Mario Testino bertukar menjadi potret rasmi. "Merakamkan wajah Diana sebagai Puteri Wales untuk Vanity Fair pada 1997 satu memori terindah dalam kerjaya saya," kata Testino.


princess diana - 100th anniversary of tate gallery

Diana "langgar" etika protokol.


1 Julai, 1997 - sempena hari jadinya ke-36 dia menghadiri sambutan 100 tahun Tate Gallery di London. Bergaya anggun dalam gaun hitam rekaan Jacques Azagury.

Diana menjadi tetamu hormat dan hari itu paling meriah dalam hidupnya dengan menerima 90 jambangan bunga dan Harry kemudian mengumpulkan rakan-rakannya untuk menyanyikan lagu Happy Birthday menerusi telefon. 

Penulis , Tina Brown dalam catatan The Diana Chronicles - Princess Diana menyifatkan malam itu sebagai satu anugerah untuk gelaran baru kepada Diana - "People's Princess" (Puteri kemudian ditukar Ratu Rakyat).


princess diana - holiday in st tropez, dodi al-fayed

Musim bercuti di Tt Tropez dengan Dodi al-Fayed.


17 Julai, 1997 -  Diana kelihatan gembira bila dapat menghabiskan cuti yang romantik di St. Tropez di Selatan Perancis sambil melawat Dodi.

Berdasarkan laporan The Daily Express,Dodi Al-Fayed adalah anak bilioner Mesir yang terkenal, Mohamed Al-Fayed. Sepanjang cuti, Diana menginap di villa 30 bilik Castle St. Therese bersama dua puteranya, William dan Harry. 

Diana dikatakan mula rapat dengan Dodi dan kerap datang ke villa itu beberapa kali sepanjang musim panas sebelum mereka terbunuh dalam kemalangan di Paris.


princess diana attends the memorial service for gianni versace

Menghadiri acara pengkebumian  Gianni Versace.


22 Julai 1977 - selepas habis musim cuti panas, Diana bersama-sama selebriti, Elton John dan Naomi Campbell datang ke majlis memperingati kematian pereka fesyen terkenal, Gianni Versace di Milan.

Jenama itu sangat diminati Diana yang menggunakan koleksi Vercase ketika tampil dalam majlis rasmi.


Princess Diana

Melawat Sarajevo


10 Ogos 1977 -  Diana melawat  Sarajevo,ibu kota Bosnia selama tiga hari. Di sini, gambarnya mengenakan pelindung muka ketika melawat kawasan periuk api mengejutkan banyak pihak. 

Dalam masa yang sama dia melancarkan kempen mengharamkan penggunaan periuk api.

BBC menyifatkan lawatan itu sebagai "peribadi sepenuhnya". Diana melawat mangsa periuk api dan orang cacat serta pusat pemulihan. Sebelum itu, media Britain sudah mula kecoh mengenai hubungan cinta Diana dan Dodi.


princess diana - 1997 cruise with dodi al-fayed

Belayar bersama sang kekasih baru, Dodi.


Lewat bulan Ogos 1997 -  Pada akhir musim panas, dilaporkan Diana dibawa makan angin dengan menaiki kapal layar mewah milik Dodi di sekitar  perairan Mediterranean. 

Kapal itu mengelilingi sekitar peranginan Selatan Perancis sehingga Sardinia sebelum mereka menaiki pesawat ke Paris untuk makan pada malam Sabtu, 30 Ogos.


ritz hotel in paris - where princess diana and dodi al-fayed stayed in august 1997

Hotel Ritz di Paris penginapan Dodi-Diana 


30-31 Ogos , 1997 - Selepas menghabiskan masa di Sardinia, Diana dan Dodi bercuti di Paris bersama-sama. Selepas makan malam di Ritz Hotel, pasangan itu menaiki limosin yang kemudian dikejar oleh paparazi bermotosikal. 

Adegan kejar mengejar itu kemudian bertukar menjadi nahas paling ngeri pada waktu dinihari Ahad. Kejadian itu berlaku di dalam terowong Pont de l'Alma, di tengah kota raya Paris. 

Diana, Dodi dan pemandu mereka, Henri Paul, terbunuh.


floral tributes to princess diana outside kensington palace

Timbungan bunga dari rakyat Eropah. Kematian Diana menyatukan rakyat.


6 September, 1997 - Enam hari selepas kematian Diana dan disemadikan di kediaman keluarganya di Althorp, England. Proses pengkembumian disaksikan oleh lebih 2.5 juta penduduk dunia dan lebih sejuta warga Eropah beratur di sepanjang jalan di London untuk memberi penghormatan terakhir.

Di luar Istana Kensington, lautan bunga memanjang sampai ke dalam Taman Kensington. Dua dekad kemudian, Memorial Taman Bunga Diana dirasmikan oleh dua puteranya bertempat di kediaman ibu mereka dengan disaksikan oleh menantu Diana, Kate Middleton dan cucunya, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis.

Dan selepas 26 tahun kematian Diana, Dia terus "hidup" apabila warga dunia menabalkan Lady Diana Spencer sebagai Permaisuri England dengan penuh warna warni di alam maya. 

Diana hidup selama-lamanya dan namanya akan disebut seumpama kisah Cinderella yang berkahwin dengan anak raja yang curang! - KitaReporters

8
15
0
7
1

Copy Link: