Video| Gempar! Dua pelajar berusia 14 tahun berkahwin! Dapat persetujuan keluarga! Berhenti sekolah!
Published by
KitaReporters
--title--
Percintaan dalam kalangan remaja awal usia dikenali sebagai cinta monyet (puppy love) berlaku dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat.
Percintaan yang begitu mendalam menyebabkan mereka kurang memberi perhatian terhadap pelajaran, sebaliknya ingin meneruskan hubungan dengan perkahwinan.
Pelajar R dan T dinikahkan pada 19 Mei 2024.
Cinta monyet seorang pelajar wanita yang dikenali sebagai R dari Pelutan, Pemalang dengan pelajar lelaki yang dikenali sebagai T dari Sugihwaras, Pemalang, Jawa Tengah adalah antara contohnya. Kedua-duanya merupakan teman satu kelas di sekolah menengah pertama (SMP).
Majlis akad berlangsung di rumah mempelai wanita di rumahnya, di Kelurahan Pelutan, Kecamatan Pemalang, Jawa Tengah pada Ahad, 19 Mei 2024 lalu mengikut cara syariah Islam.
Gambar hiasan
Mereka sudah mengemukakan surat berhenti sekolah sebelum berkahwin. Namun pihak pengurusan sekolah dan kementerian pendidikan meminta mereka untuk menyambung pembelajaran.
Majlis akad itu tular setelah beritanya disiar dalam sejumlah laman sosial, media cetak dan media elektronik.
Pihak keluarga bersetuju dengan pernikahan muda itu bagi mengelak zina. Ini kerana banyak kes mengandung dalam kalangan pelajar di Jawa Tengah semakin meningkat.
Walaupun pernikahan itu sah dari segi agama, namun tidak pasti pengesahan dari segi undang-undang.
Ini kerana undang-undang perkahwinan di Indonesia menetapkan umur minimum bagi lelaki dan wanita untuk berkahwin adalah 19 tahun. - KitaReporters
14
13
0
12
0