Video| Cari kelainan untuk majlis kahwin? Buat di Zoo Negara! Seperti perkahwinan 2 personaliti TV!
Published byPerkahwinan tersebut adalah antara Otto Othman, 40, dari RTM dan Siti Khatijah Jaafar lebih dikenali sebagai Kathy, 39, dari TV3.
Langkah mengadakan majlis persandingan dalam Zoo Negara dicetuskan oleh Timbalan Presiden Zoo Negara, Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana yang juga bapa angkat kepada pengantin wanita.
Majlis ijab kabul diadakan di salah satu premisnya, Dewan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu pasangan pengantin ini dibawa ke beberapa bahagian zoo untuk bertemu dengan beberapa haiwan.
Pengantin menerima beberapa tajaan. Antaranya set barangan kemas bertatahkan berlian dan batu permata eksklusif dari Habil Jewel.
Sementara Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. pula menaja makanan untuk para tetamu berupa sajian mi goreng, cucur goreng dan kopi ais sebagai pelengkap hidangan majlis.
Adabi juga memberi 450 kotak doorgift kepada para tetamu. Sementara Lokes Ice Cream Sdn. Bhd. juga menaja 500 batang aiskrim.
Otto dan Kathy melayani beberapa haiwan selepas sah diijab kabul. - Kredit foto: Facebook zoonegaramalaysia
Otto keesokan harinya membaca Berita Perdana RTM jam 8 malam.
Otto yang bertugas secara kontrak dengan RTM sejak Mac 2021 adalah antara sebahagian yang mampu menyampai berita dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Otto juga menjadi penyampai radio bahasa Inggeris, Traxx FM. Dia muncul dalam program The Morning Show dari jam 6 ke 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.
Sementara Kathy adalah wartawan yang juga ditugas sebagai penyampai berita.
Sebelum ini pada 8 April 2021, Zoo Negara pernah mengadakan majlis perkahwinan untuk kakitangannya di Dewan Tunku Abdul Rahman.
Dalam penyiaran berita melalui laman sosial, Zoo Negara mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk mencipta memori perkahwinan di Zoo Negara bersama haiwan-haiwan.
Untuk tujuan itu boleh hubungi Jabatan Khidmat Pelanggan atau emel kepada customerservice@zoonegaramalaysia.my untuk sebarang maklumat lanjut tentang pakej perkahwinan di Zoo Negara.
Ia adalah sebagai salah satu jalan untuk meningkatkan pendapatan dan memberi kelainan kepada pasangan pengantin baru.