Video| Lapor jika ada cuba terlebih mesra! Gangguan seksual satu kesalahan! Lelaki pun ada diganggu!

Published by
KitaReporters

@norzabetha

♬ original sound - Nor Zabetha



Menjaga adab dan akhlak di tempat kerja sangat penting untuk kesejahteraan dan keharmonian tempat kerja dan pekerjaan. Namun ada yang pernah berdepan dengan "gurauan" dan "kemesraan melampau" rakan sekerja yang berlainan jantina. Mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat. 

Pepatah ada mengatakan bergurau biar bertempat yang merujuk pada cara kita bergurau dan bersenda dengan rakan-rakan sekerja. Kadang gurauan yang tidak kena tempat dan tidak selesa bagi seseorang dan boleh menjatuhkan maruah adalah satu gangguan seksual. 

Dalam zaman siber ini, gangguan seksual juga boleh terjadi melalui hantaran gambar dan perkataan lucah dalam media sosial kepada individu tertentu.

Gangguan seksual sebenarnya tidak hanya berlaku pada wanita, kerana lelaki juga tidak terkecuali menjadi mangsa gangguan seksual. 


Peguam Nor Zabetha Muhammad Nor


Peguam terkenal Nor Zabetha Muhammad Nor memberitahu, gangguan seksual boleh dirujuk pada Seksyen 2 Akta Kerja 1955.

Menurut Nor Zabetha gangguan seksual adalah sesuatu perbuatan yang mempunyai bentuk seksual, umpamanya perkataan "nak ciumlah", nak ajak buat aktiviti tak eloklah dan sebagainya.  

Tambah beliau lagi  "itu adalah bentuk gangguan seksual yang diberikan kepada seseorang, sama ada secara  lisan atau bukan lisan, dihantar melalui gambar dan membuat bunyi-bunyian yang boleh mendatangkan rasa kurang selesa atau malu pada seseorang."  

Menurut Nor Zabetha lagi, contoh gangguan seksual adalah seperti memberi hadiah berbentuk objek tak elok, atau memberi gambar WhatsApp yg kurang sopan yang tidak mahukan oleh pihak yang satu lagi, yang membuatkan orang berkenaan rasa tak selesa rasa terancam. Ini semua adalah gangguan seksual. 



Oleh demikian Nor Zabetha memberitahu, dalam hal ini pekerja mempunyai hak sekiranya mereka diganggu secara seksual. 

"Mereka boleh mengadu pada majikan jika perkara ini berlaku. Bagi penjawat awam mereka boleh adukan kepada unit integriti. Bagi pekerja swasta pula mereka boleh adukan kepada majikan.

"Dan ingat ye, di bawah akta kerja juga ada memperuntuk satu seksyen,  sekiranya majikan gagal mengambil tindakan, majikan boleh didenda dan sekiranya gangguan seksual itu contohnya sampai menyebabkan sentuhan fizikal, seperti pegang benda, benda yang tak elok, mereka atau mangsa boleh membuat laporan polis dan ini adalah kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya lagi. 

Nor Zabetha juga memberitahu ada juga dalam kes gangguan seksual ini, mangsa  boleh mendapatkan tuntutan ganti rugi dan boleh menyaman pihak berkenaan. 

Katanya lagi, pernah ada kes yang telah diputuskan di Mahkamah Persekutuan dan mangsa telah mendapat pampasan sebanyak RM120,000. Oleh itu beliau menasihatkan mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual agar membuat aduan gangguan seksual di pejabat dan ambil tindakan yang sewajarnya. 



Sehubungan itu adalah sangat penting menjaga keharmonian tempat kerja dengan mengelakkan kes-kes gangguan sekssual ini.

Apa yang diutarakan oleh peguam Nor Zabetha dalam TikToknya adalah satu langkah yang bijak bagi menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja. 

Jangan takut untuk membuat aduan jika ada kes gangguan seksual di tempat kerja. Jika sesorang pekerja berasa aman dan sejahtera di tempat kita secara langsung produktiviti mereka juga meningkat. 

Harus diingat bahawa kerja adalah satu ibadah yang akan membuatkan kehidupan kita lebih tenang dan mendapat keberkatan rezeki untuk keluarga.  - KitaReporters


Gangguan seksual melalui sentuhan

15
18
0
10
0

Copy Link: