Seramai 130 anak nelayan daripada 10 buah sekolah menengah (SM) dan sekolah kebangsaan (SK) di Tanjung Piandang, Perak teruja apabila menerima bantuan kembali ke sekolah.

Mereka menerima bantuan sepergi baucar untuk pakaian dan kasut, beg sekolah, botol air dan bekas pensil dengan kos sebanyak RM150 setiap seorang. 

Bantuan itu anjuran Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM) dengan kerjasama Petronas dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) bagi membantu mengurangkan kos sara para nelayan dan memberikan kegembiraan kepada anak-anak nelayan dalam menempuh tahun baharu persekolahan yang bakal tiba pada tahun ini (2025). 

Kesemua bantuan itu menunjukkan LKIM sentiasa memastikan nasib dan masa depan nelayan dan anak-anak nelayan kita terbela. 



Seorang murid, Mohd Iqbal Aliff Ishak, 12, dari SK Sama Gagah berkata, dia gembira mendapat bantuan beg sekolah dan peralatan lain lada program ini. 

"Saya akan gunakan keperluan yang diberikan sebagai persiapan ke sekolah pada tahun ini," katanya. 

Murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nam Hua, Khor Min Yong,  4, berkata, bantuan ini meringankan beban keluarganya sebagai persiapan ke sekolah. 

"Semua bantuan ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan keluarga," katanya pada Program Madani Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah (LKIM-Petronas) di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah di Tanjung Piandang pada 19 Januari 2025.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil. 

Muhammad Faiz berkata, bantuan ini bagi meringan beban nelayan yang merupakan golongan B40, yang wajar diberi bantuan dan sumbangan. 

Katanya, ia bertujuan memberikan keselesaan kepada anak nelayan kerana pendidikan penting untuk mengubah nasib nelayan. 

"Kita banyak buat program untuk meningkatkan taraf hidup nelayan kerana kita mahukan anak nelayan memajukan sekotor perikanan yang terancam sumber dan kaedah lain perlu digunakan seperti akulkultur. 

"Saya harap ia memberi semangat kepada anak nelayan untuk meneruskan kerja bagi memajukan sektor ini. 

"LKIM sasar program akulkultur 40 peratus dan bidang ini memerlukan asas pendidikan untuk anak nelayan menceburinya," katanya. 



Dalam perkembangan lain, Muhammad Faiz berkata, LKIM memperuntuk tambahan kuota satu juta liter minyak diesel kepada nelayan di Perak pada tahun ini (2025). 

Beliau berkata, ini kerana nelayan Perak menjadi penyumbang terbesar tangkapan lebih 200,000 metrik tan ikan bagi keperluan negara. Menurutnya, Perak mempunyai 46, 000 orang nelayan. 

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata, bekalan ikan bagi keperluan musim perayaan Tahun Baharu China adalah mencukupi. 

"Kita mempunyai simpanan bekalan ikan segar beku sebanyak 1,600.metrik tan bagi menampung keperluan tersebut," katanya. - KitaReporters


8
9
0
9
0

Copy Link: