SEORANG peserta wanita dengan tenang melempar buah kelapa terhadap susunan botol dalam Pertandingan Boling Kelapa sempena Karnival Komuniti Madani 2024. - Kredit foto: KRT Siantan/Kenanga


PERTANDINGAN tuju selipar, boling kelapa dan sepak penalti merupakan antara pengisian menarik Karnival Komuniti Madani 2024 di bawah Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada 28 Julai 2024.

Ketiga-tiga sukan rakyat ini terbuka kepada semua dengan setiap pasukan atau kumpulan dihadkan antara tiga pemain (tuju selipar dan boling kelapa sahaja).

Syarat-syarat pertandiangan juga menetapkan, setiap pemain tidak boleh mewakili lebih daripada sebuah pasukan atau kumpulan.

Hanya tiga yang terbaik akan beroleh hadiah-hadiah selaku juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga.


SEORANG peserta lelaki tersenyum ceria menyertai Pertandingan Boling Kelapa Karnival Komuniti Madani 2024. - Kredit foto: KRT Siantan/Kenanga


Bagi pertandingan tuju selipar, balingannya dihadkan ke paras bawah kepala dan pemain yang sengaja menyasarkan kepala, berhak didenda oleh pengadil.

Setiap pasukan diberikan tempoh 15 minit untuk menyudahkan cabaran masing-masing dengan markah dikira berdasarkan masa mereka menyelesaikan susunan selipar.

Syarat pertandingan boling kelapa pula ialah setiap pesertanya menggolekkan kelapa sebanyak tiga kali sahaja dengan setiap botol yang dijatuhkan, akan menghasilkan mata.

Para peserta juga dilarang melontar atau membaling buah kelapanya dengan tiga pasukan pemenangnya ditentukan melalui sebanyak mana botol yang berjaya dijatuhkan.


SEORANG peserta cilik Pertandingan Sepak Penalti cukup fokus menjalankan tugas untuk kejayaan pasukannya. - Kredit foto: KRT Siantan/Kenanga 


Pertandingan sepak penalti bagaimanapun membenarkan pendaftaran antara lima hingga enam pemain dengan setiap seorangnya hanya boleh mengambil satu sepakan bagi setiap perlawanan kecuali jika berkeputusan seri. 

Sekiranya keputusan masih terikat mata, lambungan syiling oleh pegawai perlawanan dilakukan untuk memilih pasukan mana yang menendang atau bertahan.

Namun pemenangnya ditentukan jika jaringan dibuat dan jika gagal, yang bertahan akan memenanginya.

Turut dianjurkan ialah pertandingan mewarna yang terbuka kepada kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun yang bertempoh sejam namun hanya terhad kepada 50 penyertaan.


ADIK comel lagi manis ini menayangkan karyanya dalam pertandingan mewarna khas untuk kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun. - Kredit foto: KRT Siantan/Kenangan

Karnival ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu.

Karnival dianjurkan bersama oleh kementerian berkenaan dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).


AIMAN Athirah Sabu (baju biru) meninjau gerai Jualan Rahmah sempena Karnival Komuniti Madani 2024 di Taman Putra Perdana. Puchong, Selangor. - Kredit fotoL KRT Siantan/Kenanga


Pelbagai aktiviti menarik sebagai pengisian sampingan karnival yang diadakan termasuk Jualan Rahmah, Cabutan Bertuah, Pembelian Barang Kitar Semula dan Pameran Agensi-agensi Kerajaan.

Pembelian ini yang mampu menjadi sumber pendapatan orang ramai, dihadkan kepada kertas campur dan hitam putih, kotak, surat khabar lama, plastik LDPE dan campur, minyak masak terpakai, tetrapak (kotak minuman), besi, tin besi dan tin aluminium.

Sisa elektronik (e-waste) seperti bateri kenderaan, wayar kabel, cakera padat, unit panel kawalan (CPU), kompresor, penghawa dingin, mesin basuh, peti ais, monitor, komputer, TV warna dan pencetak turut boleh dijual untuk dikitar semula. - KitaReporters


LELAKI ini mengumpul kekuatan untuk melepaskan tendangan deras dan padu dalam Pertandingan Sepak Penalti. - Kredit foto: KRT Siantan/Kenanga


PASUKAN yang bertahan pun mampu memenangi sesuatu perlawanan Pertandingan Sepak Penalti sekiranya kedudukan mata masih terikat. - Kredit foto: KRT Siantan/Kenanga

 

16
8
0
16
0

Copy Link: