Hendak kahwin janda muda cantik? Boleh! Jika dapat mencapai tubuhnya yang terletak pada kerusi di atas sebatang batang pinang.

Jika berjaya mencapai si janda muda, si lelaki boleh mengahwini tanpa mengeluarkan belanja akad dan majlis perkahwinan kerana ia akan ditanggung oleh pihak penganjur.

Ia adalah perkara unik dalam pertandingan panjat batang pinang di Kampung Lembur Tengah, Kalurahan Selokpandan, Cianjur, Jawa Barat sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Indonesia ke-79 pada Sabtu 17 Ogos 2024.


Pertandingan panjat batang pinang adalah antara pertandingan popular setiap HUT Indonesia yang dianjur pada peringkat kampung.

Bagaimanapun untuk sampai ke puncak batang pinang itu bukan mudah. Batang pinang itu tidak menegak ke atas, sebaliknya mengiring atas sebatang anak sungai.

Bagi menyukarkan pencapaian, batang pinang dilumur dengan minyak untuk melicinkannya.

Kaum lelaki berlumba-lumba memanjat batang pinang untuk mendapatkan janda muda sebagai hadiah.



Walaupun pertandingan ini sukar, namun puluhan lelaki mendaftar untuk mencuba terdiri daripada anak muda dan duda malah yang sudah bergelar suami pun daftar.

Hadiah pertandingan panjat batang pinang untuk HUT Kemerdekaan Indonesia kali ini dianggap unik. Selama ini hadiahnya hanya sekitar barangan keperluan dapur, barangan elektrik, motosikal atau wang tunai.

Namun ada dalam kalangan anggota masyarakat yang memprotes bentuk hadiah yang ditawar kerana ia dianggap menjejaskan kehormatan kaum wanita.



Panjat batang pinang adalah antara yang diadakan pada setiap Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia.


Namun tiada lelaki yang dapat memiliki janda muda yang berpakaian serba merah dan berpayung itu kerana tidak ada yang dapat memanjat sehingga dapat mencapai tubuh si janda.

Seorang demi seorang lelaki itu jatuh ke dalam air kerana tidak dapat menahan kelicinan batang pinang itu.

Pihak media tidak menyatakan butiran lanjut mengenai biodata janda muda itu.

Namun Kampung Lembur Tengah, Kalurahan Selokpandan, Cianjur, Jawa Barat kini popular setelah acara itu dimuat sejumlah media sosial, media cetak dan media elektronik di Indonesia. - KitaReporters    


10
9
0
14
0

Copy Link: