Kes penjualan bayi bukan luar biasa atau tak berlaku. Ada melibatkan penjualan hasil jenayah penculikan dan ada pula disebabkan oleh desakan hidup kerana kemiskinan.

Tapi paling sedih dan amat malang ialah apabila anak itu dijual oleh bapa kandung sendiri yang kaki judi.

Perkara itu didedah oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Metro Tangerang Kota, Kompol David Kanitero kepada detikNews, pada Sabtu, 5 Oktober 2024.



Kejadian bermula apabila si ayah, RA membaca postingan dalam FaceBook milik MON atau Octavis yang menyatakan sedang mencari anak kecil untuk dipelihara. 

Lalu RA menyatakan berhasrat untuk menjual bayinya yang berusia 11 bulan. Dan setelah tawar menawar, harga jualan dipersetujui ialah Rp15 juta (sekitar RM4,100).

Kemudian mereka berhubungan melalui Messenger serta WhatsApp dan menetapkan tempat serahan si anak kecil dan wang bayaran.

Tempat pertemuan adalah di Kali Cisadane, Sukasari, Kota Tangerang, Banten, Jawa Barat. MON, 30, datang bersama suaminya, HK, 32. 

HK dan MON dari Nusa Tenggara Timur (NTT) yang sudah 10 tahun kahwin dan masih tidak mempunyai zuriat. Pasangan suami isteri ini baru sebulan berpindah ke Bandung.


Pasukan polis melakukan siasatan di tempat penyerahan dan penjualan kanak-kanak terbabit.


Pasangan suami isteri ini hanya berjaya menjadi ‘ibu dan bapa’ untuk beberapa hari sahaja. Si anak kecil dibeli pada 20 Ogos 2024.

Ditakdirkan pada Ogos 2024 juga, si ibu, RD, pulang ke Jakarta setelah 6 bulan mencari rezeki di Kalimantan.

Dia terkejut apabila mengetahui anaknya tiada dalam jagaan ibunya yang memberitahu telah diambil oleh si suami, 

RA. Setelah didesak, RA menyatakan si anak dipelihara seorang saudaranya di Tanggerang.

Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan RD membuat laporan polis di Tangerang. Selepas menerima laporan, pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Metro Tangerang Kota mula bertindak.


RD ditemukan semula dengan anaknya. - Kredit foto: deras.co.id


RA akhirnya ditahan pada 1 Oktober 2024 dan ekoran itu, HK dan MON juga ditangkap pada 3 Oktober 2024 di rumah sewaan mereka.

Ketiga-tiga suspek akan didakwa kerana melakukan permerdagangan kanak-kanak dan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. - KitaReporters

5
15
0
8
0

Copy Link: