Video| Jangan mengamuk! Kaut semua! Pesanan Ivana Trump kepada isteri-isteri jika suami curang!
Published bySaat muda Ivana dan Donald J Trump
"JANGAN mengamuk! Tapi kaut semua (harta suami)." Itu nasihat Ivana Marie Trump bekas isteri pertama kepada mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald John Trump kepada wanita muda yang berdepan dengan suami kaya yang 'gatal' dan berselingkuh dengan kekasih baru.
Dia memberi nasihat demikian kerana dia berjaya menjadikan dirinya dari seorang pendatang asing kepada taraf jutawan dengan menggandakan pampasancerai RM64.2 juta (AS$14j) juta) menjadi RM446 juta (AS$100j) ketika meninggal dunia pada 14 Julai 2022, demikian dilaporkan oleh Celebrity Net Worth.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Donald Trump
Kredit foto: AP
Sementara itu, DailyMail.com memaklumkan Ivana, 73, ditemukan ketika sudah 'tidak bernyawa' di tangga di rumahnya, sebuah apartmen di Manhattan pada Khamis, 14 Julai 2022. Kematian dikatakan akibat serangan jantung.
Sikap kentalnya menempuh beberapa kegagalan termasuk perkahwinan dengan Trump yang hampir menjadikannya sebagai Wanita Pertama AS, tidak melumpuhkan usahanya untuk menggumpul kekayaan dan muncul sebagai sosialis terkemuka di AS dan Eropah.
Malah ketika Trump menjadi presiden, Ivana ditawarkan untuk berkhidmat sebagai duta ke negara kelahirannya, Republik Czech (dulunya Czechoslovakia) tetapi ditolak kerana dia mahukan mengekalkan kebebasan dan meraikan kehidupannya dan bergaul dalam majlis sosial di seluruh dunia.
Nasihatnya, "Don't get mad, get everything" (jangan mengamuk, kaut semua) disebutnya dalam filem The First Wives Club yang dpentaskan di layar perak oleh Hollywood pada 1986. Filem itu ialah mengenai nasib kisah wanita 'tua' yang diceraikan oleh suami mereka selepas mendapat pasangan lebih muda.
Ivana muncul sebagai tetamu undangan (cameo) kelihatan menasihatkan tiga janda di Manhattan yang dilakonkan oleh Bette Midler, Goldie Hawn dan Diane Keaton.
Menurut media berita itu, Ivana sepatutnya ke salon berhampiran kediamannya untuk mencantikkan rambut sebelum bertolak ke Eropah untuk bercuti sebulan. Pertama kali dia ke luar negara selepas kelonggaran Covid-19.
Ivana yang dilahirkan pada 20 Februari 1949 adalah pendatang dilahirkan Zlin, republik komunis Czechoslovakia.
Bapanya seorang jurutera dan ibunya, operator telefon. Bapanya menjadi obor utama untuk dia bergiat dalam sukan ski yang menjadi asabab lari ketika era tirai besi (konflik AS-blok komunis termasuk Rusia) berakhir dengan berhijrah ke AS menerusi Kanada.
Untung hidupnya bermula ketika menjadi model di bandar raya 'Big Apple' (New York) itu Ivana bertemu dengan seorang anak muda yang bercita-cita tinggi dalam bidang pelaburan hartanah, Donald J Trump.
Trump dengan Marla bersama anak mereka Tiffany. - Gambar Imej Getty
Mereka berkahwin pada 1977 dan mendapat tiga anak - Don Jr, Ivanka dan Eric dan 10 cucu. Berkahwin dengan Trump memberinya kemashyuran dan kekayaan kerana dari menjadi suri rumah, dia memilih untuk bekerja sebagai pengurus dan pereka hiasan dalaman untuk sebahagian besar hartanah mereka.
Ivana diceraikan oleh Trump pada 1992 yang menjadi berita hangat di seluruh dunia selepas Ivana mendapat tahu bekas suaminya membawa skandalnya, Marla Maples bercuti di Aspen, Colorado untuk bermain ski. Marla pada masa itu disebut sebagai pengganti Marylin Monroe 'disimpan' oleh Trump di bangunan bersebelahan tempat tinggal Ivana.
Marla kemudian menjadi isteri kedua Trump dan mendapat seorang anak perempuan Tiffany. Bagaimanapun, Trump menceraikan Marla dengan meletakkan sekeping nota dan sehingga kini Marla bergiat cergas dalam badan kebajikan di Florida dan Tiffany sudah menemui jodoh dengan seorang jutawan.
Bagi memikat hati suaminya, Ivana pernah menjalani beberapa pembedahan kosmetik dan sama dengan wanita terkenal di dunia, dia diberi belanja jutaan ringgit setiap tahun untuk mendapatkan koleksi pakaian berjenama yang dihasilkan oleh pereka terkenal dunia.
Trump dan isteri terkininya, Melania Knauss serta anak-anak. - Gambar Imej Getty
Sepanjang 15 tahun berkahwin dengan Trump, Ivana menjadi naib presiden eksekutif dan pereka dalaman hartanah suaminya. Ini termasuk menghiaskan Trump Tower di Manhattan, terkenal kerana lantaian dan hiasan dalaman berwarna merah jambu (pink) dan menyelia pembinaan Hotel Grand Hyatt di New York dan Kasino Trump Taj Mahal di Atlantic City.
Ivana juga menjadi pengurus hotel ikonik di New York, Plaza Hotel selepas Trump membeli hartanah Central Park South pada 1988. Paling hebat bila wanita itu diberi kebenaran mengurus kelab terkenal , Mar-a-Lago yang dibeli oleh Trump pada 1985 dengan harga RM40juta (AS$10j).
Kelab itu terkenal dalam kalangan bintang Hollywood sejak era 50-an lagi, ada 128 bilik di Palm Beach yang dibina oleh bekas pemilik cereal, Marjorie Merriweather Post pada 1927.
Selain mendapat wang nafkah Ivana juga mendapat sebuah bangunan 45 bilik di Connecticut yang dijualnya dengan nilai RM80 juta (AS$14j) dan kompleks Trump Plaza di New York
Dalam memoirnya, Ivana yang pertama kali bertemu Trump apabila lelaki itu membantunya dalam tempahan makan malam di sebuah restoran di Manhattan dan menghantarnya pulang dengan Cadillacnya.
"Hati saya berbisik, dia seorang bijak dan kelakar. Seorang warga AS yang baik," katanya dalam buku berjudul 'Raising Trump'.
Sementara anak-anak mendiang menyifatkan ibu mereka seorang yang ceria, menggunakan sepenuhnya hidupnya dan semua akan menjadi kenangan sepanjang hayat mereka. - KitaReporters