MENCARI susur galur keluarga hingga 7 keturunan bukan sesuatu yang mudah. Tapi dengan berkat kesabaran keluarga besar ini mereka dapat mengenal pasti keturunan dan sejarah asal usul nenek moyang mereka. Ini semua berjaya dilakukan dengan kerjasama ahli keluarga membabitkan tiga negara, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Usaha menjejaki salasilah keturunan Haji Said bermula dengan kaji selidik oleh Dr Fauziah Salaton dan Dr Suraya Ariffin berserta beberapa sanak saudara. 

Mereka dapat membuat carta keluarga bermula dengan Haji Said. Mereka berusaha bertanya dan mencari sanak saudara sehingga dapat bertemu keluarga di Singapura dan di Indonesia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sasur galur atau salasilah


Rohana Sabudin


Menurut Rohana Sabudin, 70 tahun, yang merupakan generasi ke-4 Haji Said, arwah Haji Said dulunya bekerja sebagai mutawif, orang yang membawa jemaah haji ke Mekah. Zaman dulu mereka naik kapal dan tugas ini dipegang sehingga arwah meninggal. Kegigihan arwah Haji Said sebagai mutawif juga telah menemukan jodoh salah seorang anak perempuannya dengan seorang lelaki berbangsa Arab yang sama-sama menjadi mutawif.

Rohana juga memberitahu dengan adanya pertemuan ini, generasi muda iaitu bermula dengan generasi ke-6 dan ke-7 dapat mengenali sanak saudara dan asal-usul keluarga. 


Kamarul Azam Sampol


Usaha mencari sanak saudara ini direalisasikan dengan usaha gigih Kamarul Azam Sampol, 37 tahun, yang merupakan generasi ke-5

Dia juga yang bertanggungjawab menjadi penyelaras perjumpaan sanak saudara serata Malaysia, Singapura dan Indonesia. di Banting Selangor baru baru ini. 

Bagi Kamarul Azam, ia bukan sesuatu yang mudah untuk mengumpulkan saudara mara dari tiga negara ini dalam satu group Whatsapp. Tapi semua  berjaya dilakukan dengan kerjasama semua sanak saudara dari tiga negara berkenaan.


Dr Suraya Ariffin


Bagi Dr Suraya Ariffin, usaha mencari susur galur atau salasilah keluarga ini satu usaha murni untuk memperkenalkan pada generasi muda siapa saudara mara kita. 

"Kadangkala bila tak kenal saudara mara kita berselisih bahu pun kita tak tau ada kaitan persaudaraan dengan kita. 

"Mungkin rakan-rakan pejabat atau jiran-jiran adalah saudara mara kita dan ada kaitan persaudaraan. Jadi pertemuan ini sangat bermakna bagi keluarga besar kami," katanya. 

Perjumpaan ini dihadiri 230 orang sanak saudara dari Malaysia dan Singapura. Bagaimanapun keluarga dari Indonesia tidak dpt hadir atas sebab masalah teknikal.

"Ini adalah pertemuan pertama. Kami berharap dapat berkumpul lebih ramai pada masa akan datang," katanya.



Perjumpaan julung kali itu diadakan di sebuah kem motivasi yang diberi nama Baitun Nur, di Banting. Selangor. 

Majlis ini telah berjaya mempertemukan sanak saudara yang sudah berpuluh-pulu tahun tidak berjumpa dan ada yang baru bertemu dan baru mengenali saudara mara. 

Kemesraan dan keceriaan terserlah dalam pertemuan ini. 

"Yang utamanya keluarga besar itu dapat saling mengenali. Semoga dengan pertemuan ini, ukhuwah antara saudara mara akan bertambah erat," jelas Dr Suraya lagi. - KitaReporters


14
8
0
14
0

Copy Link: