Gambar hiasan... Taman permainan perlu selamat untuk penduduk khususnya anak-anak.


Bukan sahaja sampah bertaburan di sekitar taman permainan, malah pakaian dalam (sependa) dengan selamba disidai di atas bangku. 

Memang biadab! Warga asing yang kebanyakannya datang tanpa izin tanpa rasa bersalah menjadikan taman permainan sebagai 'bilik tidur'.

Perkara ini disuarakan oleh Isu Semasa Viral dalam laman sosial X kerana bimbang dengan keselamatan kanak-kanak yang bermain di taman permainan berkenaan. 

Difahamkan, lokasi gambar yang dikongsikan itu berlaku di Bandar Mahkota, Cheras.



Perkongsian itu mencetus kemarahan wargamaya, malah Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan turut terkena tempias ekoran disifatkan tidak melakukan sebarang tindakan berhubung kejadian.

"Ahli Parlimen tak tahu ke? Rakyat setempat yang mengadu ke NGO untuk call pihak berkuasa. Dah selesai pun YB," komen netizen.



Selain menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan, ada juga yang mempersoal 'geng masjid' yang tidak membuat serbuan di 'bilik tidur' warga asing berkenaan.

"Penduduk taman sekitar tak buat laporan ke?

"Kenapa geng masjid tak buat serbuan... Kalau orang Melayu kita, dah lama kena ni.

"Takkan nak kena viral baru bertindak?

"Scarynya sekarang ni, beriadah dan jogging pun takut sebab ni lah. Dah macam kat negara dia orang," antara komen warganet.



Mengambil maklum mengenai perkara itu, Syahredzan menerusi ciapannya memaklumkan pihaknya telah menerima info lokasi dan maklumat kes. 

"Tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa," tulisnya.

Penduduk sebenarnya takut, kalau keadaan buruk dan menakutkan itu dibiarkan, tak lama lagi naik pula dinding di taman itu! - KitaReporters


14
10
0
20
0

Copy Link: