Langkah berbaik semula! Nurul Amalina tarik balik saman Mak Wan Latah! Simpati penderitaan hidupnya!
Published byBekas pembantu peribadi Mak Wan Latah, Nurul Amalina Mohamad Kamal, 29, terbuka hati untuk menarik balik kes saman terhadap pelakon veteran itu setelah mendengar khabar kesusahan hidup dilaluinya ketika ini setelah didedahkan pihak media.
Namun timbul perasaan kasihan apabila pelakon yang pernah tinggal bersamanya itu kini menghadapi keperitan hidup. Jadi tidak elok untuk dia lanjutkan kes itu dalam keadaan Mak Wan Latah sebegitu.
Dalam masa sama, dia akui dirinya terkejut mendengar khabar Mak Wan Latah kini tidak mempunyai wang cukup bagi mendapatkan bekalan ubat penyakit darah tinggi dan diabetis dihidapinya.
Dia sebak dan terkejut dengan nasib dialami Mak Wan Latah sedangkan ketika dia menjaganya, bekalan ubat tidak pernah putus. Amell berusaha menghubungi pelakon veteran itu dan berharap hubungan mereka kembali pulih.
Pada Julai 2022, pelakon veteran ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas tuduhan berkelakuan aib meludah Amell namun Mak Wan mengaku tidak bersalah.
Kes antara Mak Wan dan Amell mula menjadi sebutan apabila hubungan mereka renggang dipercayai berpunca daripada tuduhan bekas pembantu peribadinya itu mengambil wang hasil bekerja sebagai pelakon.
Amell sebelum itu juga pernah mendedahkan perbuatan Mak Wan yang didakwa terlibat dengan amalan syirik.
Langkah untuk berbaik semula dijangka tidak bermasalah memandangkan Mak Wan Latah kini sudah semakin mendekati agama. - KitaReporters