COLI dan seluar dalam wanita yang dicuri oleh Tetsuo Urata sejumlah 730 helai.- Kredit foto: Balai Polis Bandar Beppu


POLIS Jepun bingung terhadap sikap seorang lelaki tua yang berusia 56 tahun kerana hobinya suka mencuri coli dan seluar dalam wanita dari mesin basuh baju di beberapa buah kedai dobi di Wilayah Oita

Perbuatan yang dilakukan oleh pelaku bernama Tetsuo Urata itu, agak ganjil dan aneh itu kerana seluar serta baju dalam sebanyak lebih 730 helai yang dicuri itu bukanlah untuk dijual kepada wanita lain sebaliknya pakaian tersebut disimpan di pangsapuri yang didiaminya di Bandar Beppu, Jepun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pakaian dalam

URATA mengambil kesempatan mencuri coli dan seluar dalam wanita di kedai dobi di Wilayah Oita - Kredit foto: New York Post


BANDAR Beppu. - Kredit foto: Balai Polis Beppu


Laporan akhbar New York Post pada 6 September 2021 lalu menyebut, Urata ditahan oleh polis pada selepas mangsa iaitu seorang pelajar berumur 21 tahun membuat laporan polis bahawa pelaku itu telah mencuri enam helai pakaian dalamnya di sebuah kedai dobi di Wilayah Oita pada 24 Ogos 2021.

Berikut laporan pelajar itu, polis berjaya mengesan serta menjejaki pergerakan Urata sehingga di kediamannya.

``Alangkah terkejut kami di pangsapurinya, kami menemui sejumlah 736 pakaian dalam wanita yang dicuri dan kami merampas semua pakaian itu sebagai bahan bukti.



``Kami bingung dan tidak mengetahui sebab punca kecurian baju dalam dan seluar dalam wanita yang dilakukan oleh pelaku sama ada dia bernafsu pelik kerana kes itu masih siasatan polis lagi,’’ kata seorang jurucakap polis dari Balai Polis Beppu.

Gambar yang dikeluarkan oleh polis menunjukkan pakaian coli dan seluar dalam yang dibentangkan di lantai di kediaman pelaku itu.



``Kami tidak pernah merampas pakaian dalam wanita sebanyak itu dalam masa beberapa tahun yang lalu,’’ katanya yang tidak menyembut  berapa buah kedai dobi yang menjadi mangsa Urata. 

Pelaku mengaku mencuri pakaian dalam wanita itu untuk simpanannya sahaja namun menurut sumber lain Urata adalah terlalu obses dengan pakaian dalam wanita yang sudah terpakai.

Berita pelaku yang mempunyai hobi pelik itu tersebar dalam media sosial dan orang ramai tertanya-tanya punca yang mendorongkan Urata melakukan perbuatan sedemikian.


Theerapat Klaiya (duduk) ditahan oleh pihak polis dan mengaku mencuri dan mengadakan hubungan seks dengan selipar dan kasut yang dicurinya. - Kredit foto: Daily Mail UK


Dalam pada itu, di Thailand, seorang lelaki muda yang bernafsu pelik dilaporkan sanggup mencuri selipar dan kasut wanita jiran tetangganya untuk dijadikan koleksi bagi memuaskan nafsunya.

Seorang lelaki bernama Theerapat Klaiya telah ditahan oleh polis bersama 126 pasang selipar dan kasut yang dicurinya sejak dua tahun lalu.

Klaiya memberitahu, dia akan memakai kasut atau selipar semasa di rumahnya dalam keadaan ghairah sebelum memeluk, mencium dan melakukan hubungan seks dengan barangan dicuri itu. - KitaReporters


Antara 126 pasang selipar dan kasut yang dicuri oleh Theerapat Klaiya. - - Kredit foto: Daily Mail UK

13
14
0
9
0

Copy Link: