Iqbal reda tak dapat kahwin dengan DSV! Selepas ini Iba bakal dikejar artis sebab kaya-raya?
Published by'Lelaki idaman Malaya', Ahmad Iqbal Zukefli, bekas pembantu peribadi pengasas kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV), sekali lagi menegaskan 'lamaran' terbaharu untuknya memperisterikan wanita itu bukan sebahagian adegan pemasaran (marketing) kerana mereka merancang perkahwinan itu sejak perkenalan tujuh tahun lalu.
Jika difikirkan niat Iqbal lebih kepada 'membalas budi' DSV atau Hasmiza Othman kerana banyak melabur untuknya memulakan perniagaan sehingga menjadikan dia seorang jutawan. Malah Iqbal juga mengaku dia tidak pernah menerima sebarang pemberian daripada 'bakal' isterinya itu.
Malangnya niatnya sudah disalahertikan dan krisis yang berlaku mutakhir ini termasuk mendapat tentangan daripada anak perempuan DSV, Cik B atau Nur Edlynn Zamillen, 16 dan adiknya, Kacak @ Muhammad Eric Zaquan Muhamad Amin, 14, benar-benar membuat Iqbal reda jika mereka tiada jodoh.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan DSV
Kredit foto: IG Story Ahmad Iqbal Zulkefli/Kopi Planet
"Seandainya dia tidak mahu menuju ke mahligai perkahwinan saya perlu hormati perasaan DSV, Cik B, Kacak dan harus juga menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah," katanya dalam luahan terbaru dalam Instagram Storynya.
"Demi Allah ini bukan marketing semata-mata meskipun benar dia ada selitkan promosi produk. Kerana perancangan kami untuk berkahwin bukan atas sebab perniagaan saja," sambil mengaku dia tidak akan lagi 'memaksa' DSV menyambut lamarannya ke gerbang rumah tangga.
Malah Datuk Alif Syukri yang sebelum ini menggunakan khidmat Iqbal sebagai penulis biografinya sangat suka jika DSV berkahwin dengan teruna dari Kelantan itu.
"Tidak salah untuk DSV memilih Iba atau Iqbal menjadi calon suaminya walaupun dia lebih muda. Pucuk muda lagikan baik kan DS. Yang muda tidak semestinya tidak matang dan yang tua juga tidak semestinya matang," kata Alif Syukri.
Datuk Alif Sykuri. - Kredit gambar: Azhan.co
Cik B.... enggan menerima kehadian Iqbal sebagai 'bapa' keenamnya.
Sebelum ini ramai yang mencemuh Iqbal selepas kegagalan niatnya untuk berkahwin dengan menuduhnya sengaja menjadikan adegan itu sebagai satu promosi mempopularkan diri dan produk mereka.
"Betullah ini adegan marketing (pemasaran) sajalah. Lepas ini banyak artis cari mamat ini. Kaya raya," kata Wannieykah Zkria dari Pasir Puteh, Kelantan ketika menjawab seorang netizen yang memberi komen, semua itu adalah strategi perniagaan.
Izzana Mohd Syed dari Rawang pula berkata, "biasalah kalau seuatu itu dihebohkan, agak payah untuk menjadi. Selepas ini diam-diam sajalah. Kalau jodon itu kuat, In Sha Allah pasti bersatu juga."
"Saya doakan yang baik-baik buat Datuk dan Iqbal," tambahnya.
Njoy Nrelax pula berpendapat, ramai lagi anak dara yang seumur dengan Iqbal yang sedang mencari jodoh.
"Solat istikharah banyak-banyak kalau dah memang tiada petunjuk, pi lah jauh-jauh. Semoga Iqbal bertemu jodoh terbaik. Buat apa nak mengundang masalah pelik," katanya lagi.
Sebelum ini dalam Facebooknya, Iqbal ada bertanyakan netizen, khususnya wanita sukakan lelaki macam mana bagi membantunya membina keperibadian untuk memastikan dia mampu menjadi suami, rakan dan lelaki idaman.
Seorang netizen, Bella Saufi menjawab, "wanita sangat suka lelaki yang matang, prihatin pasal keluarga dan pasangan, bertanggungjawab serta boleh membimbing keluarga ke pintu syurga. Aamin."
Bella Saufi.
Liliey Liliey pula menambah, "wanita suka lelaki yang macam Iqbal. Secara jujurnya. Semoga anak-anak saya 'Iqbal' akan berjaya macam awak juga. Iqbal yang bermaksud kejayaan," kata wanita berasal dari Banting.
Liliey Liliey
Sheikh Pasha juga memberikan komen yang sama iaitu wanita suka lelaki yang penyayang, 'caring', suka memuji isteri, suka berdampingan dengan isteri, suka peluk isteri dan sentiasa jaga solat lima waktu untuk mengukuh kasih sayang dan mencegah kemungkaran.
Noreen Yati pula mudah saja menjawab, "bergaya, handsome dan setia."
Dalam satu coretan hati DSV terbaharu dalam Instagramnya, DSV menulis kata-kata yang meluahkan perasaannya untuk berhijrah. Dia mengandaikan kembali asas pertemuan dan usaha sama bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
"SAYA NAK BERHIJRAH.. MENJADI LEBIH BAIK.. PERSIAPAN PERJALANAN MENUJU NEGERI ABADI..🤩🛑❤.
"PANJANGKAHLAH UMURKU. UMUR ANAK ANAK KU.. UMUR KELUARGAKU.. SAHABATKU.. MRK YG TERDEKAT DENGANKU.. LINDUNGI KAMI.. DOAKAN SAYA.. Saya terpikir & kaji asbab terpali t& terpaut jalinan ikatan 'BUSNESS PARTNER' dgn @sitisarahraissuddin😢😢 @unagihq@unagihq."
Lantas seorang netizen, Surayyahsue ada bertanyakan kepada DSV, dah tak jadi kahwin?
DSV menjawab pendek sahaja:" Jadi jer.." - KitaReporters