Lepaskan tembakan! Wanita berang tak dapat makan di McDonald
Published byKerana tidak dibenarkan makan di premis restoran ekoran arahan "lockdown", seorang wanita bertindak untuk mengamuk dan melepaskan tiga das tembakan terhadap pekerja-pekerja di sebuah restoran makanan segera, McDonald's di Oklahoma City, Amerika Syarikat pada Rabu, 6 Mei 2020. : KitaReporters
Gloricia Woody
Suspek yang dikenali sebagai Gloricia Woody, 32, dikatakan telah memasuki restoran tersebut jam 6.22 petang waktu tempatan (Amerika Syarikat) dan ingin memesan makanan untuk dimakan di premis tersebut.
Malangnya, ruang makan restoran itu ditutup kerana perintah sekatan penularan coronavirus (Covid-19) oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Dalam waktu yang sama, McDonald's Oklahoma City turut menyediakan perkhidmatan “pandu masuk” kepada semua pelanggannya dan tidak membenarkan makan di premis kerana pelaksanaan “lockdown”.
McDonald's Oklahoma City turut
menyediakan perkhidmatan “pandu masuk”kepada semua pelanggannya.
Ekoran itu, pekerja restoran meminta beliau keluar tetapi dia enggan dan berlaku pertengkaran antara mereka sehingga memaksa kru Mcdonald's mengusir wanita berkulit hitam itu secara paksa.
Akhirnya Woody keluar dengan perasaan “tidak puas hati” dari premis berkenaan, tetapi dia kembali semula dengan membawa sepucuk pistol kerana begitu berang dengan tindakan kru Mcdonald's.
Tanpa berfikir panjang, beliau terus mengacukan pistol ke arah kru restoran tersebut serta membuat bising.
Tindakan Woody mencetuskan suasana kelam kabut dan tanpa disedari suasana bertukar menjadi tidak terkawal apabila kedengaran bunyi letupan pistol berlaku dengan pantas.
Salah seorang pekerja bergelut dengan suspek apabila panik melihat situasi yang boleh mengancam nyawa para kru restoran.
Malangnya, salah seorang rakan mereka cedera terkena tembakan pada lengan, manakala dua yang lain telah dipukul oleh Woody secara agresif dan liar.
Woody menyedari tindakan membuta tuli itu telah menjadi “kecoh” dan “huru-hara” lalu bergegas keluar dari restoran itu dan segera melarikan diri.
Tetapi nasib beliau tidak baik apabila tidak lama kemudian dia berjaya ditahan oleh pihak polis setelah dapat dikesan tidak jauh dari beberapa blok bangunan yang terletak berhampiran lokasi kejadian hasil maklumat daripada krew restoran tersebut.
Polis Oklahoma City melaporkan tiada kecederaan parah berlaku.
Menurut Kapten Larry Withrow, dari Jabatan Polis Oklahoma City, ”seorang sahaja yang terkena peluru pistol suspek dan tiga lagi mengalami kecederaan ringan pada kepala, bahu dan kaki.
“Pihak polis akan menyiasat sama ada kecederaan pada kepala oleh salah seorang mangsa berpunca daripada pergelutan merebut senjata api atau sebaliknya,” tambah beliau lagi. - KitaReporters
Polis Oklahoma City menyiasat di lokasi kejadian “tembakan senjata api” terhadap pekerja-pekerja di restoran McDonald’s Oklahoma City yang mengakibatkan mereka mengalami kecederaan. – Kredit foto: Steven Anderson/KOKH Fox 25 News.
Polis Oklahoma City juga berkata, mereka ketika ini sibuk menjaga keselamatan orang awam menghadapi pandemik Covid-19, dan mereka juga tidak terfikir bahawa kejadian jenayah akan berlaku memandangkan terdapat banyak pemeriksaan dan sekatan jalan raya.
Tetapi mereka akan tetap menyiasat punca insiden jenayah tersebut.
Suspek juga boleh didakwa di atas kesalahan jenayah melakukan serangan dan mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.
Kesemua mangsa telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat peristiwa itu.
Memetik kenyataan seorang jurucakap Mcdonald's Oklahoma City, ”pihak pengurusan berasa amal kesal dengan kejadian jenayah “hina” yang menimpa pekerja-pekerja kami yang selama ini telah banyak membantu dan memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai khususnya pelanggan setia mereka.
Tambahnya lagi,”pihak kami sentiasa berkerjasama mematuhi arahan undang-undang dan peraturan kerajaan dengan tidak membenarkan para pelanggannya menikmati juadah mereka di dalam premis demi membendung penularan pandemik Covid-19. - Kitareporters.com
Dipetik sumber daripada https://www.businessinsider.com.au/mcdonalds-employees-shot-in-oklahoma-city-over-covid-19-closure-2020-5