Biar betik! Melamar cinta kekasih dengan pisang jadi tular!

Published by
KitaReporters
SETIAP insan bercinta melakukan bermacam-macam perkara indah dalam melamar pasangan bagi menimbulkan pengalaman serta kenangan tak dapat dilupakan kepada dirinya dan pasangan. Biasanya si lelaki akan menghulurkan bunga, cokelat  atau sebentuk cincin bagi melamar kekasih. Tapi kali ini lain ceritanya!! : KitaReporters

Aksi yang mengemparkan pengunjung sebuah pusat membeli belah

Lagi cerita-cerita berkaitan China:

https://kitareporters.com/search?search=china


Bagaimanapun seorang lelaki di China ini melakukan perkara yang di luar daripada kebiasaan untuk melamar.

Menurut laporan World of Buzz (WOB), lelaki yang tidak dinyatakan namanya menjadi tular setelah video dirinya menyatakan cinta tular dalam beberapa media sosial. Berbeza dari kebanyakan orang yang menyatakan cinta dengan membawa bunga atau cokelat, si lelaki ini cara tersendiri untuk melakukannya.

Seperti yang ditonton dalam video, lelaki itu meluahkan rasa cintanya kepada seorang wanita yang sedang minum kopi bersama seorang lelaki di sebuah pusat beli belah.


Wajah si lelaki yang melamar dengan membawa buah pisang


Yang menjadi perhatian para warganet adalah apa yang dibawa lelaki tersebut ketika berlutut dan menyatakan cintanya. Dia membawa sesisir pisang yang dihias.
"Aku membawakanmu hadiah yang sangat istimewa, dan aku ingin mengakui di hadapan semua orang, bahawa aku telah lama meminatimu. Aku tahu kamu suka makan pisang, jadi aku membuat ini khusus untukmu," kata si lelaki.

Sayangnya walaupun telah bersusah payah membuat hadiah tersebut untuk pujaan hatinya, si wanita menolak. Si lelaki terus cuba mendapatkan persetujuan si wanita. Bahkan dia sampai membuat perangai dengan merajuk di lantai seperti kanak-kanak dan membuat si wanita itu  semakin malu. 

"Saya tidak akan bangun! Tidak, sampai kamu mengatakan kamu mencintaiku!" kata si lelaki. 

Video tular itu  pertama kali dimuat naik melalui DouYin iaitu aplikasi rakan TikTok China. Setelah video itu tular, si lelaki itu lalu mengeluarkan kenyataan bahawa dia memang merancang perkara itu.

Ramai netizen yang memuji keberanian si lelaki, sementara sebahagian tidak setuju dengan apa yang dilakukannya.

Menurut mereka, lelaki itu telah mempermalukan si wanita dan tidak perlu dilakukan oleh seorang lelaki yang bermaruah. - KitaReporters

2
0
0
0
2

Copy Link: