Bank Makanan di setiap Elewsmart! Jangan disalah guna - Ebit
Published byLagi cerita-cerita berkaitan Ustaz Ebit Lew:
https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew
Ia diberi hanya untuk golongan yang benar-benar memerlukan keperluan harian yang tidak mampu membeli di Elewsmart pada harga biasa.
Bank Makanan itu diletak di luar premis dengan diletakkan sejumlah barangan keperluan runcit setiap hari. Orang ramai yang berkeperluan boleh mengambil barangan tersebut ikut keperluan sekeluarga.
Ebit Lew di depan salah satu premis ElewsMart. - Kredit foto: IG ebitlew
Elewsmart kini mempunyai 10 outlet di Lembah Klang dan bakal mempunyai 40 outlet dI seluruh negara menjelang akhir tahun ini apabila 30 lagi outlet bakal dibuka tidak lama lagi.
Selain peti Bank Makanan itu, setiap outlet juga akan mempunyai badan amal ‘angkat’ yang dijaga kebajikannya.
Penubuhan bank makanan ini adalah inspirasi Ebit Lew berdasar pengalamannya yang pernah hidup susah dahulu dan impiannya untuk membantu seramai mungkin orang yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama. - KitaReporters
@ebitlew : Doakan yer...FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.
Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.
Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.
Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya - ebitlew
Saudaraku disebalik ujian ada rahmat
FoodBank
Take What You Need
Give What You Can